Organization for Transformative Works: Elections News

Keputusan Pilihan Raya OTW 2020

Jawatan Pilihan Raya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua calon atas segala kerja keras mereka dalam pilihan raya tahun ini. Dengan itu, kami dengan besar hati mengumumkan keputusan Pilihan Raya 2020.

Calon-calon tersebut (dalam urutan abjad) telahpun dilantik secara rasmi ke Lembaga Pengarah:

  • Alex Tischer
  • Jess White
  • Kati Eggert

Penukaran lembaga akan bermula secara rasmi pada 1 Oktober. Kami mengharapkan yang terbaik untuk ahli-ahli Lembaga baru dalam memenuhi penggal mereka.

Dengan itu, musim pilihan raya telah pun berakhir. Terima kasih kepada setiap orang yang terlibat dalam menyebarkan berita, mengemukakan soalan kepada calon-calon, dan, sudah tentunya, yang mengundi! Kami berharap dapat bertemu lagi pada tahun hadapan.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Organization for Transformative Works: Elections News: Cast Your Vote!

Undian Lembaga OTW 2020 dibuka Sekarang!

Undian telah dibuka!

Setiap ahli OTW yang daftar antara 1 Julai 2019 dan 30 Jun 2020 patut diberi pengundian sekarang. Jika anda tidak menerimanya, sila semak folder spam anda dahulu, dan selepas itu hubungi kami melalui borang hubungan.

Undian ini akan berlangsung sehingga 17 Ogos 2020, 23:59 UTC; sila lihat penukar zon masa untuk mengetahui waktu untuk anda.

Setelah anda mengundi, anda boleh ke Twitter dan gunakan hashtag #OTWE20 untuk mengenali dan berbual dengan pengundi yang lain! Kami ingin mendengar pendapat anda!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungilaman Penterjemahan.

Organization for Transformative Works: Elections News: Cast Your Vote!

Para Ahli OTW – Sila Semak E-mel Anda Untuk Arahan Mengundi

Pada masa ini, setiap ahli OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) yang layak mengundi sepatutnya telah menerima e-mel yang mengandungi pautan untuk arahan mengundi bagi tahun 2020. Bidang subjek e-mel tersebut ialah “Voting Instructions for Organization for Transformative Works (OTW) Board Election” (Arahan Mengundi Untuk Pilihan Raya Lembaga Pengarah Organisasi Karya-karya Transformatif (OTW)). Harap maklum bagi sesiapa yang tidak menerima e-mel tersebut tidak termasuk dalam senarai pengundi bagi tahun ini dan tidak akan dapat membuat undian.

E-mel arahan mengundi tersebut mengandungi pautan ke sebuah borang undi contoh. Sila tekan pautan terbabit untuk memastikan laman tersebut dipaparkan dengan lengkap dan calon-calon pilihan raya tersenarai. Jika tidak, sila pastikan anda tidak menghalang JavaScript dari ajax.googleapis.com, bootstrapcdn.com, dan/atau opavote.com. Read More