Polisi Penyelarasan Artikel Berita OTW

Dengan kira-kira 7 juta pengguna berdaftar di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita – AO3) dan beribu ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dan beribu ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif), artikel berita mendapat lebih banyak penglibatan berbanding sebelum ini. Kami sangat berbesar hati apabila pengguna berkongsi pendapat tentang artikel berita yang kami terbitkan! Walau bagaimanapun, bahagian komen di beberapa artikel berita kami sebelum ini menjadi kurang mesra atau selamat untuk penglibatan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kami telah menghasilkan polisi penyelarasan artikel berita dan merekrut satu pasukan sukarelawan yang anda akan lihat meninggalkan komen di artikel akan datang. Kami ingin mengumumkan perkara utama polisi yang Penyelaras Artikel Berita akan ikuti apabila memantau bahagian komen artikel berita kami.

Komen di artikel berita mungkin akan dibekukan atau disembunyikan oleh Penyelaras Artikel Berita jika ia mengandungi:

  • Spam atau pengiklanan tanpa diminta
  • Mengandungi topik di luar peminat, fandom, dan polisi Internet, yang akan berada di bawah bidang kuasa OTW
  • Maklumat yang salah (terutamanya berkaitan OTW) dengan potensi untuk membahayakan atau memperdayakan orang lain
  • Bahasa seksual atau ganas yang eksplisit/grafik
  • Cubaan untuk menarik perhatian buruk terhadap seseorang atau hasil karya peminat
  • Penghinaan dan serangan peribadi terhadap pengguna lain
  • Bahasa yang meradang atau spekulatif yang boleh mengakibatkan gangguan
  • Pelanggaran Syarat Perkhidmatan laman

Sila ambil perhatian bahawa pernyataan di atas adalah bukan senarai yang lengkap bagi semua komen yang akan diambil tindakan.

Tambahan, sebarang komen di artikel berita AO3 yang melanggar Syarat-Syarat Perkhidmatan (dalam Bahasa Inggeris) boleh dilaporkan kepada jawatankuasa Polisi & Aduan.

Sukarelawan OTW akan membalas komen menggunakan akaun rasmi jawatankuasa OTW untuk menjelaskan perkara yang mengelirukan atau melibatkan diri dengan maklum balas pengguna. Komen daripada akaun rasmi akan ditanda dengan jelas di AO3 dengan (Official) (Rasmi) yang ditebalkan selepas nama pengguna, dan di laman web OTW dengan tanda tangan yang mengenal pasti jawatankuasa atau pasukan OTW yang berkaitan. Sebagai contoh, komen daripada Penyelaras Artikel Berita akan menggunakan akaun “OTW_News_Post_Moderation (Official)” (Penyelarasan_Artikel_Berita_OTW (Rasmi)) di AO3. Di laman web OTW, mereka akan ditandatangani dengan nama mereka diikuti dengan “OTW News Post Moderator”.

Jika seseorang sukarelawan OTW meninggalkan komen di artikel berita menggunakan akaun peribadi, sukarelawan itu tidak bertindak secara rasmi. Komen berikut tidak semestinya mencerminkan pandangan OTW, dan juga tidak membentuk dasar OTW.

Kami berharap pengguna kami akan mengalu-alukan pengumuman dasar ini dan mendapati ia meningkatkan pengalaman mereka di laman web AO3 dan OTW.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement

Comments are closed.