Posts in Legal Advocacy
Maklumat Terkini Mengenai Aplikasi Tidak Rasmi AO3
OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) telah mula menerima laporan sejak hari Jumaat, 14 Februari, tentang aplikasi telefon bimbit yang memaparkan hasil karya peminat daripada Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) tanpa kebenaran. Salah satu aplikasi terbabit ialah Fanfic Pocket Archive Library, yang terdapat dalam Apple App Store dan Google Play. Sepanjang pemantauan OTW yang terkini ini, aplikasi tersebut menyediakan sebuah antara muka yang membolehkan pengguna mengakses karya-karya dalam AO3, dan ia mungkin sebenarnya tidak meniru, menyimpan atau mengedar semula apa-apa data dari AO3. Dalam aplikasi tersebut terdapat sebuah pilihan premium yang membenarkan penggunanya untuk mengakses ciri-ciri tambahan untuk aplikasi itu dengan bayaran bulanan;… Read more