Posts in Archive of Our Own
AI dan Pengikisan Data pada AO3
Dengan kepesatan alat AI dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ramai peminat telah menyuarakan kebimbangan mengenai pengikisan data dan karya yang dijana AI, dan cara perkembangan ini boleh menjejaskan Arkib Milik Kita – AO3 (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Kami berkongsi kebimbangan anda. Kami ingin berkongsi perkara yang telah kami lakukan untuk memerangi pengikisan data dan dasar semasa kami mengenai subjek AI. Pengikisan data dan hasil karya peminat AO3 Kami telah melaksanakan langkah-langkah teknikal tertentu untuk menghalang pengikisan data berskala besar pada AO3, seperti pengehadan kadar, dan kami sentiasa memantau trafik kami untuk tanda-tanda penyalahgunaan pengumpulan data. Kami tidak membuat pengecualian untuk penyelidik atau mereka yang ingin mencipta… Read more
Perubahan Selanjutnya kepada Tanggungjawab Bantuan dan Polisi & Aduan
Dalam kami terus berusaha untuk seimbangkan tanggungjawab jawatankuasa Bantuan dan Polisi & Aduan kami dengan lebih baik, kami akan alihkan dua lagi jenis isu daripada Polisi & Aduan kepada mandat Bantuan: Pewaris Terdekat Fannish Ini ialah pilihan yang kami tawarkan untuk membenarkan orang tertentu untuk mengurus akaun anda jika anda meninggal dunia atau hilang upaya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Pewaris Terdekat Fannish, anda boleh membaca FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan kami tentang perkara tersebut. Harap maklum bahawa jika anda mempunyai permintaan Pewaris Terdekat Fannish yang sedang dalam proses, kumpulan Polisi & Aduan kami akan melengkapkan permintaan yang telah mereka terima. Mulai sekarang, jika anda ingin… Read more
Perubahan kepada Tanggungjawab Bantuan dan Polisi & Aduan
Dalam memperbaiki keseimbangan beban kerja jawatankuasa Bantuan dan Polisi & Aduan kami, kami membuat sedikit perubahan kepada persoalan siapakah yang bertanggungjawab atas jenis mana permintaan. Polisi & Aduan akan terus menangani pelanggaran Syarat-Syarat Perkhidmatan, dan Bantuan akan terus menjawab soalan-soalan mengenai cara menggunakan laman web dan menangani laporan pepijat, seperti biasa. Namun, terdapat beberapa kes yang dahulunya ditangani oleh Polisi & Aduan, dan kini akan ditangani oleh Bantuan. Kes-kes ini adalah: Kehilangan akses kepada sebuah akaun (contohnya, jika anda tidak ingat atau tidak dapat akses e-mel yang anda gunakan untuk mencipta akaun anda supaya anda dapat menerima set semula kata laluan) Soalan dan masalah berkenaan… Read more
AO3 Telah Mencapai Tiga Juta Pengguna Berdaftar!
OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) sekarang telah melepasi tiga juta pengguna berdaftar!
Meraikan 40,000 Fandom dalam AO3
Jawatankuasa Penyelarasan Tag dengan sukacitanya mengumumkan yang kami telah mencapai jumlah 40,000 fandom dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)! Pada tahun-tahun yang lalu, kami telah melangkaui pelbagai pencapaian fandom: 5,000 fandom sekitar Hari Tahun Baru 2010 10,000 fandom pada September 2012 15,000 fandom pada April 2014 20,000 fandom pada Disember 2015 25,000 fandom pada Jun 2017 30,000 fandom pada Oktober 2018 35,000 fandom pada Disember 2019 Pada kali ini, kami telah memilih untuk meraikannya melalui artikel ini, yang menerangkan kaedah-kaedah para penyelaras tag kami menyusun tag-tag yang memudahkan navigasi dalam AO3 sepanjang ia terus berkembang. Kami turut telah menyertakan petua-petua untuk… Read more