Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) Mengumumkan Karya Import Fanzine Baharu

Tahun lepas, jawatankuasa Open Door OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif).mengumumkan beberapa perubahan kepada Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat), termasuk penciptaan Fanzine Scan Hosting Project AO3 – FSHP (Projek Pengehosan Imbasan Fanzine).

FSHP adalah perkongsian dengan projek pemeliharaan dikendalikan oleh peminat Zinedom di mana fiksyen peminat dan karya seni peminat yang asalnya diterbitkan dalam fanzine bercetak diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Fanwork boleh diimport ke AO3 dengan persetujuan daripada sama ada pencipta karya atau penerbit fanzine tempat karya peminat diterbitkan.

Sejak pelancaran projek tersebut, Open Doors telah berusaha keras untuk memperkemas aliran kerjanya bagi FSHP dan membuat percubaan pada karya peminat zine. Walaupun Open Doors belum mula bekerjasama dengan mana-mana penerbit untuk mengimport keseluruhan fanzine, sukarelawan FSHP dan pembantu importnya kini sibuk mengimbas, menyalin dan mengimport karya peminat yang sebelum ini penciptanya telah memberikan kebenaran kepada Zinedom bagi mengimportnya ke AO3.

Hari ini, Open Doors dengan sukacitanya mengumumkan senarai koleksi yang telah dicipta untuk menempatkan fanwork yang diimport melalui FSHP. Koleksi telah disediakan bagi setiap fanzine di mana satu atau lebih fanwork telah diimport, tetapi koleksi ini tidak mengandungi setiap karya daripada setiap zine ini, dan kebanyakannya setakat ini hanya memasukkan satu karya setiap satu dalam kes di mana Open Doors hanya mempunyai kebenaran untuk mengimport karya tertentu. Demi ketelusan penuh, Open Doors merancang untuk terus mengumumkan koleksi selaras dengan masa penciptaannya yang mungkin berkembang atau tidak dengan fanwork tambahan apabila kebenaran tambahan diperoleh daripada lebih banyak pengkarya pada masa hadapan.

Mulai September 2023, Open Doors telah mencipta koleksi berikut untuk mewakili fanzine yang mempunyai karya import::

Untuk jawapan kepada soalan lazim, sila lihat siaran pengumuman sebelumnya. Jika anda ingin memberi kebenaran Open Doors untuk mengimport sebarang fanwork anda yang telah diterbitkan sebelum ini dalam fanzine bercetak, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan FSHP yang lain, sila hubungi jawatankuasa Open Doors.

Kami juga berbesar hati jika peminat dapat membantu kami dalam mengekalkan kisah mana-mana fanzine yang mungkin telah diterbitkan di Fanlore. Jika anda baru dalam suntingan wiki, jangan risau! Lihat portal pelawat baharu, atau bertanya kepada Fanlore Gardeners untuk tips.

Terima kasih di atas minat anda bagi mengekalkan sejarah fannish untuk generasi pembaca akan datang!

– Pasukan Open Doors

OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement

Comments are closed.