Posts by Retired Personnel

Choices Fanfic Archive (Arkib Choices Fanfic) Akan Berpindah ke AO3

Choices Fanfic Archive, arkib hasil fiksyen peminat Choices: Stories You play, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Dalam artikel ini: Sedikit penjelasan latar belakang Apakah maksudnya untuk para pereka yang mempunyai karya(-karya) di Choices Fanfiction Archive Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anda masih mempunyai soalan Penjelasan Latar Belakang Disebabkan oleh komitmen lain, penyelaras asal Choices Fanfic Archive, Misha, telah memutuskan bahawa beliau tidak akan mengendalikan arkib ini dan sudah membuat keputusan untuk memindahkan kandungannya untuk memeliharanya. Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Arkib Dalam Talian) Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) adalah untuk membantu… Read more

Sentinel Angst akan Berpindah ke AO3

Sentinel Angst, arkib hasil fiksyen peminat The Sentinel, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Dalam artikel ini: Sedikit penjelasan latar belakang Apakah maksudnya untuk para pereka yang telah mempunyai karya(-karya) di Sentinel Angst Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anda masih mempunyai soalan Penjelasan Latar Belakang Kumpulan Yahoo Sentinel Angst ialah penulis Gen sahaja yang aktif dari 1999–2019. Untuk mengekalkan sebahagian daripada sejarah fandom ini, kami sedang mengimport cerita yang ditulis untuk kumpulan ini ke AO3. Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Arkib Dalam Talian) Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) adalah untuk membantu para… Read more

Kempen Keahlian April 2024: Terima kasih Atas Sokongan Anda

Kempen Keahlian April OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah berakhir dan kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah tamat dengan jumlah derma sebanyak 207088.91 USD, jauh melebihi matlamat kami iaitu 50000.00 USD. Derma ini datang daripada 6073 orang penderma di 70 buah negara: terima kasih kepada anda semua, serta kepada anda yang menyiarkan dan berkongsi berita tentang kempen ini! Kami amat berbesar hati kerana 5206 orang penderma telah memilih sama ada untuk menjadi ahli baharu atau memperbaharui keahlian OTW dengan derma mereka. OTW tidak dapat wujud tanpa penggunanya di seluruh dunia, dan sokongan berterusan anda kepada kami merupakan kebanggaan dan kegembiraan utama kami! Kami sangat… Read more

Kempen Keahlian April 2024: Memelihara Keselamatan Fanwork

Baru-baru ini, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah selesai menjalankan dua tinjauan bersama pengguna projek kami untuk mengetahui apa yang mereka maklum tentang kerja kami. Dalam Tinjauan Ulang Tahun Ke-16 kami, 87% daripada 67,474 orang pengguna yang menjawab tinjauan kami menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar tentang Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) OTW sebelum ini. Namun, dalam Tinjauan Ulang Tahun Ke-10 Hari Fanwork Antarabangsa (IFD), lebih daripada 60% responden mengatakan bahawa mereka tahu yang OTW memelihara arkib-arkib fandom, tetapi hanya 28% mengetahui bahawa kami turut memelihara hasil karya peminat (fanwork) fizikal. Jadi, kami ingin memberi fokus kepada kerja-kerja penting yang dilakukan oleh… Read more

Kewangan OTW: Bajet 2024

Sepanjang tahun lalu, pasukan Kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah meneruskan usaha mereka untuk memastikan bahawa kesemua bil organisasi telah dibayar, pulangan cukai telah difailkan, dan piawai prosedur perakaunan telah dicapai. Persediaan untuk pengauditan penyata kewangan 2023 sedang dijalankan! Pasukan tersebut juga telah bertungkus lumus untuk memenuhi keperluan OTW bagi tahun 2024, dan kami dengan bangganya ingin menyampaikan bajet tahun ini (akses fail hamparan bajet 2024 untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci): Perbelanjaan 2024