Posts in Communications Committee

International Fanworks Day – IFD (Hari Fanwork Antarabangsa) 2024: Bagaimanakah Fandom Anda Meraikan?

Kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah mula mengusahakan Hari Fanwork Antarabangsa seterusnya – satu perayaan penting kerana kita akan meraikannya buat tahun kesepuluh! Kami gembira ingin meraikan pencapaian dan acara ini bersama anda, dan kami sungguh ingin mendengar tentang kejadian-kejadian komuniti anda. Hari Fanwork Antarabangsa, disambut pada 15 Februari, dicipta oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) pada tahun 2014 sebagai penghormatan kepada hasil karya peminat (fanwork) yang kesejuta yang diterbitkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Ia merupakan cara kami mengingati dan menghargai kepentingan fanwork – tanpa mengira bentuk dan rupa – kerana impaknya kepada budaya kita, kepada hubungan-hubungan sesama kita… Read more