Posts in News of Note
Raikan pengakhiran kepada Pelan Strategik kami yang berlangsung selama 3 tahun!
Pada bulan Januari 2017, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah memulakan pelan strategiknya yang pertama. Tujuan pelan strategik ini adalah untuk membimbing hala tuju organisasi ini: untuk memberi definisi kepada apa yang kami hendak capai dan cara untuk mencapainya. Pelan strategik adalah bahan utama buat bisnes tanpa keuntungan dan untuk keuntungan, dan ia sangat penting bagi OTW kerana kami telah berubah daripada sebuah permulaan yang kecil hingga menjadi sebuah organisasi kompleks yang sentiasa berkembang dan mempunyai sebuah projek yang telah memenangi Hugo Award. Kami sekarang sudah mencecah 3 tahun, bekerja keras agar pelan strategik ini berjaya. Walaupun pelan ini ditutup dan kami teruja untuk bergerak ke… Read more