Posts by Rhine
Polisi Penyelarasan Artikel Berita OTW
Dengan kira-kira 7 juta pengguna berdaftar di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita – AO3) dan beribu ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dan beribu ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif), artikel berita mendapat lebih banyak penglibatan berbanding sebelum ini. Kami sangat berbesar hati apabila pengguna berkongsi pendapat tentang artikel berita yang kami terbitkan! Walau bagaimanapun, bahagian komen di beberapa artikel berita kami sebelum ini menjadi kurang mesra atau selamat untuk penglibatan. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kami telah menghasilkan polisi penyelarasan artikel berita dan merekrut satu pasukan sukarelawan yang anda akan lihat meninggalkan komen di artikel akan datang. Kami ingin mengumumkan perkara utama… Read more
Elysejský klíč akan Berpindah ke AO3
Elysejský klíč, sebuah arkib hasil fiksyen dan seni peminat Harry Potter, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Dalam halaman ini: Sedikit penjelasan latar belakang Apakah maksud ini untuk pengkarya yang mempunyai karya di Elysejský klíč Dan apakah perlu dibuat jika anda masih mempunyai soalan? Penjelasan latar belakang Elysejský klíč ialah sebuah arkib hasil fiksyen peminat yang dibina pada tahun 2010 dan dijaga sejak itu oleh Alice O’Really, pengarang hasil fiksyen peminat dengan tajuk yang sama. Elysejský klíč sedang diimport ke AO3 untuk memelihara karya beliau sekiranya beliau tidak boleh melakukannya sendiri, dan juga memelihara karya peminat beliau yang menulis… Read more
International Fanworks Day – IFD (Hari Fanwork Antarabangsa) 2024: Bagaimanakah Fandom Anda Meraikan?
Kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah mula mengusahakan Hari Fanwork Antarabangsa seterusnya – satu perayaan penting kerana kita akan meraikannya buat tahun kesepuluh! Kami gembira ingin meraikan pencapaian dan acara ini bersama anda, dan kami sungguh ingin mendengar tentang kejadian-kejadian komuniti anda. Hari Fanwork Antarabangsa, disambut pada 15 Februari, dicipta oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) pada tahun 2014 sebagai penghormatan kepada hasil karya peminat (fanwork) yang kesejuta yang diterbitkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Ia merupakan cara kami mengingati dan menghargai kepentingan fanwork – tanpa mengira bentuk dan rupa – kerana impaknya kepada budaya kita, kepada hubungan-hubungan sesama kita… Read more
Between the Lines akan Berpindah ke AO3
Between the Lines, sebuah arkib fiksyen peminat JAG, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Dalam siaran ini: Serba sedikit penjelasan latar belakang Apakah maksudnya bagi para pereka yang mempunyai karya-karya di Between the Lines Dan apa yang perlu dilakukan jika anda masih mempunyai soalan Penjelasan Latar Belakang Asalnya diasaskan pada 2002 oleh Lora_8684 sebagai tempat fiksyen peminat JAG, ia telah aktif selama hampir sedekad sebelum menjadi senyap pada 2008. Pada 2020, ivedonestranger telah menghidupkan semula arkib tersebut sebagai pengganti admin dan telah membuat pemeliharaan bagi generasi masa hadapan. Dengan peningkatan kos pengehosan dan jumlah trafik yang rendah, beliau telah… Read more
AI dan Pengikisan Data pada AO3
Dengan kepesatan alat AI dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ramai peminat telah menyuarakan kebimbangan mengenai pengikisan data dan karya yang dijana AI, dan cara perkembangan ini boleh menjejaskan Arkib Milik Kita – AO3 (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Kami berkongsi kebimbangan anda. Kami ingin berkongsi perkara yang telah kami lakukan untuk memerangi pengikisan data dan dasar semasa kami mengenai subjek AI. Pengikisan data dan hasil karya peminat AO3 Kami telah melaksanakan langkah-langkah teknikal tertentu untuk menghalang pengikisan data berskala besar pada AO3, seperti pengehadan kadar, dan kami sentiasa memantau trafik kami untuk tanda-tanda penyalahgunaan pengumpulan data. Kami tidak membuat pengecualian untuk penyelidik atau mereka yang ingin mencipta… Read more