Open Doors meraikan selesainya 101 import arkib sejak 2012!

Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) dengan sukacitanya mengumumkan selesainya 11 projek import arkib pada 2023, sejumlah lebih 10,000 karya! Kami berharap anda akan menjumpai kegemaran lama dan baharu dalam koleksi-koleksi yang disenaraikan di bawah.

Open Doors telah mengimport arkib berisiko fanworks (karya-karya peminat) sejak 2012, bermula dengan Smallville Slash Archive). Projek-projek terbaharu ini menjadikan jumlah arkib yang diimport oleh kami kepada 101! Arkib ke-100 yang diimport ialah LeBeau Library dari forum Gambit Guild.


A Priest in Korea

Lengkap: Januari 2023

Susan Leinbach telah mencipta fanart (hasil seni peminat) dan fanfiction (hasil fiksyen peminat) dalam beberapa fandom, termasuk M*A*S*H (sebagai Iolanthe) dan Star Trek. Malangnya, Susan meninggal dunia pada Jun 2006. Waris Susan bersetuju untuk ahli arkib Quordle mengekalkan fanfiction M*A*S*H Susan, yang pada asalnya, Susan berkongsi menggunakan nama samaran Iolanthe di laman webnya yang bertajuk A Priest in Korea.

Cari karya-karya di akaun Iolanthe_memorial di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import A Priest in Korea. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore Susan Leinbach dan A Priest in Korea.


Dragonfayth

Lengkap: Februari 2023

Dragonfayth ialah arkib khusus untuk pasangan Yu-Gi-Oh! Anzu Mazaki/Seto Kaiba.

Cari karya-karya di Dragonfayth Collection (Koleksi Dragonfayth).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import Dragonfayth. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore Dragonfayth.


Lord of the Rings Fanfiction

Lengkap: Februari 2023

Lord of the Rings Fanfiction ialah arkib untuk fiksyen yang diilhamkan oleh buku-buku dan filem-filem Lord of the Rings. Walaupun arkib berkenaan termasuk bahagian-bahagian untuk crossovers (gabungan fandom), Lord of the Rings RPF (fiksyen orang sebenar Lord of the Rings), dan slash, tumpuan utamanya ialah karya-karya non-slash berasaskan canon. Ditubuhkan pada 2004 oleh Adora, arkib tersebut akhirnya diamanahkan kepada Queen Mab, yang bekerjasama dengan Open Doors untuk mengalihkan karya-karya arkib tersebut ke AO3.

Cari karya-karya di Lord of the Rings Fanfiction Collection (Koleksi Lord of the Rings Fanfiction).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import Lord of the Rings Fanfiction. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore Lord of the Rings Fanfiction.


Viggorli Secret Santa

Lengkap: Mei 2023

Viggorli Secret Santa, sebuah pertukaran hadiah fanfiction Lord of the Rings RPS tahunan yang memberi tumpuan kepada hubungan Viggo Mortensen/Orlando Bloom, telah dijalankan di AO3 sejak 2020. Dalam usaha untuk menyatukan semua karya-karya lama (2010-2019) daripada laman-laman web LiveJournal dan Dreamwidth, penyelaras mahu mengalihkan karya-karya dari pertukaran hadiah tersebut ke AO3 juga.

Cari karya-karya di Viggorli Secret Santa Exchange Collection (Koleksi Pertukaran Viggorli Secret Santa).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import Viggorli Secret Santa. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore Viggorli XMAS.


Offpanel.net

Lengkap: September 2023

Offpanel.net ialah arkib dalam talian tertumpu kepada komik wira-wira yang dijalankan dari 1999 hingga 2016, yang menampilkan karya-karya sekitar 15 pencipta pada laman utama masing-masing. Slogan Offpanel.net ialah “Where 4-Color Doodles Do Off-Color Things” (Di mana Lakaran 4 Warna Meneroka Hal-hal yang Berbeza), walaupun kandungannya termasuk cerita-cerita bagi setiap penilaian dan kategori.

Cari karya-karya di Offpanel.net Collection (Koleksi Offpanel.net).

Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore Offpanel.net.


Weir/McKay Fanfiction Archive

Lengkap: September 2023

Weir/McKay Fanfiction Archive ialah arkib fanfiction Stargate Atlantis Rodney McKay/Elizabeth Weir. Laman web ini dilancarkan pada Januari 2006 dan kekal sehingga suatu ketika pada 2015, apabila pengendalinya, Purpleyin, tidak dapat mengekalkannya lagi dan laman web itu ditutup.

Cari karya-karya di Weir/McKay Fanfiction Archive Collection (Koleksi Weir/McKay Fanfiction Archive).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import Weir/McKay Fanfiction Archive. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore Weir/McKay Fanfiction Archive.


Echoes from the West

Lengkap: Oktober 2023

Echoes from the West ialah arkib fanfiction Saiyuki. Ia telah ditutup dan diimport ke AO3 kerana pengendali asalnya tidak lagi dapat menyokong arkib tersebut.
Cari karya-karya di Echoes from the West Collection (Koleksi Echoes from the West).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import Echoes from the West. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita-cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore Echoes from the West.


The ARC

Lengkap: November 2023

The ARC ialah arkib fanfiction Primeval. Laman web ini dihoskan dalam talian dari 2008 hingga 2014, tetapi terpaksa ditutup kerana pengendalinya tidak dapat menguruskannya lagi.

Cari karya-karya di The ARC Collection (Koleksi The ARC).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import The ARC. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore The ARC.


What Makes the Desert Beautiful

Lengkap: November 2023

What Makes the Desert Beautiful (WMTDB) ialah arkib fanfiction CSI: Crime Scene Investigation yang menampilkan pasangan slash Nick dan Greg, yang aktif dari 2004 hingga 2017.
Cari karya-karya di What Makes the Desert Beautiful Collection (Koleksi What Makes the Desert Beautiful).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import WMTDB. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore WMTDB.


LeBeau Library

Lengkap: November 2023

LeBeau Library dari forum Gambit Guild ialah arkib fanfiction X-Men yang mengetengahkan watak Remy LeBeau atau “Gambit”, yang aktif antara 2006 dan 2010.

Cari karya-karya di LeBeau Library Collection (Koleksi LeBeau Library).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import LeBeau Library. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore Gambit Guild.


Library of Moria

Lengkap: Disember 2023

Library of Moria telah ditubuhkan pada 2002, sejurus selepas penayangan The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring, dan merupakan salah satu arkib dalam talian pertama untuk The Lord of the Rings! Tidak seperti arkib Tolkien yang lain pada masa itu, tumpuan Library of Moria adalah fiksyen slash berasaskan filem Lord of the Rings, dikategorikan mengikut pasangan. Walau bagaimanapun, ia berkembang dengan cepat dalam skop dan populariti. Koleksi AO3 ini terbuka dan menerima semua jenis fanfiction peminat Tolkien, termasuk slash, gen, dan RPS.

Cari karya-karya di Library of Moria Collection (Koleksi Library of Moria).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai arkib ini dan pemindahannya ke AO3, lihat Siaran pengumuman import Library of Moria. Untuk mempelajari sejarah arkib ini atau berkongsi beberapa cerita anda sendiri, lihat laman Fanlore Library of Moria.


Kami ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua ahli arkib dan sukarelawan yang membolehkan pengimportan ini, serta semua pencipta yang telah mengalihkan atau mengambil semula karya-karya mereka! Kami berharap dapat mengimport lebih banyak arkib pada 2024.

Komen yang ditinggalkan pada siaran ini akan ditutup dalam masa 14 hari. Jika anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau komen mengenai import selepas tarikh tersebut, sila hubungi Open Doors.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan laman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement, Open Doors

Comments are closed.