International Fanworks Day – IFD (Hari Fanwork Antarabangsa) 2024: Bagaimanakah Fandom Anda Meraikan?

Kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah mula mengusahakan Hari Fanwork Antarabangsa seterusnya – satu perayaan penting kerana kita akan meraikannya buat tahun kesepuluh! Kami gembira ingin meraikan pencapaian dan acara ini bersama anda, dan kami sungguh ingin mendengar tentang kejadian-kejadian komuniti anda.

Hari Fanwork Antarabangsa, disambut pada 15 Februari, dicipta oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) pada tahun 2014 sebagai penghormatan kepada hasil karya peminat (fanwork) yang kesejuta yang diterbitkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Ia merupakan cara kami mengingati dan menghargai kepentingan fanwork – tanpa mengira bentuk dan rupa – kerana impaknya kepada budaya kita, kepada hubungan-hubungan sesama kita dalam fandom, kepada cara kita berinteraksi dengan media, dan kerana fanwork sedikit sebanyak membuatkan hidup kita lebih baik.

Kami ingin memanggil semua peminat dari semua fandom, dari semua budaya, dari semua negara, dari semua bahasa, untuk bersatu dan berkongsi acara-acara fannish sempena sambutan Hari Fanwork Antarabangsa. Sama ada anda mengacarakan pembacaan fanfiction (hasil fiksyen peminat) beramai-ramai, pertandingan cosplay, pameran hasil seni peminat, mahupun komik 24 jam, kami ingin mendengar tentangnya! Apabila anda berkongsi tentang acara anda bersama kami serta bersama komuniti umumnya, anda boleh berhubung dengan peminat-peminat dari seluruh pelosok fandom dan menyokong komuniti-komuniti fannish dengan membentuk persekitaran yang ramah dan inklusif.

Kami berharap anda akan sertai kami dalam aktiviti-aktiviti yang akan kami acarakan untuk Hari Fanwork Antarabangsa akan datang! Hantarkan maklumat tentang acara-acara komuniti anda dengan mengisi borang ini sebelum 28 Januari 2024. Kami akan uar-uarkan acara anda dalam siaran pada bulan Februari.

Nantikan pengumuman kami yang seterusnya pada bulan Januari!


OTW ialah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement, Event

Comments are closed.