Between the Lines akan Berpindah ke AO3

Between the Lines, sebuah arkib fiksyen peminat JAG, sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Dalam siaran ini:

Penjelasan Latar Belakang

Asalnya diasaskan pada 2002 oleh Lora_8684 sebagai tempat fiksyen peminat JAG, ia telah aktif selama hampir sedekad sebelum menjadi senyap pada 2008. Pada 2020, ivedonestranger telah menghidupkan semula arkib tersebut sebagai pengganti admin dan telah membuat pemeliharaan bagi generasi masa hadapan.

Dengan peningkatan kos pengehosan dan jumlah trafik yang rendah, beliau telah membuat keputusan bahawa AO3 merupakan tempat yang lebih baik dan memberi nafas baru bagi sebahagian bersejarah dalam internet.

Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Akrib Atas Talian) Open Doors adalah untuk membantu penyelaras arkib dalam menggabungkan karya peminat dari arkib-arkib ke AO3. Open Doors bekerja dengan para penyelaras dalam mengimport arkib-arkib mereka apabila mereka kekurangan dana, masa, atau sumber-sumber lain dalam menyambung menanggung arkib mereka secara bebas. Ia amatlah penting bagi Open Doors di mana kami berkolaborasi dengan penyelaras yang mahu mengimport arkib mereka dan kami memberikan kredit penuh kepada para pereka, memberi mereka sebanyak kuasa yang mungkin ke atas karya peminat. Open Doors akan bekerjasama dengan ivedonestranger dalam mengimport Between the Lines ke dalam koleksi berasingan dan senang dicari di AO3.

Kami akan memulakan import karya-karya dari Between the Lines ke AO3 selepas September. Walaubagaimanapun, import mungkin tidak akan berlaku selama beberapa bulan malah bertahun-tahun, bergantung kepada saiz dan kerumitan arkib tersebut. Para pereka dialu-alukan untuk mengimport karya-karya mereka sendiri, menambah ke dalam koleksi sementara waktu.

Apakah maksudnya bagi para pereka yang mempunyai karya di Between the Lines?

Kami akan menghantar pemberitahuan import ke alamat e-mel setiap pereka. Kami akan mencuba sedaya upaya dalam memeriksa sebarang salinan yang wujud bagi apa jua karya sebelum mengimport. Jika kami menjumpai sebarang salinan yang sedia ada di AO3, kami akan menjemput karya tersebut ke koleksi daripada mengimport. Semua karya yang diarkibkan bagi pihak pereka akan menyertakan nama mereka dalam baris kecil atau ringkasan karya.

Semua karya yang telah diimport akan ditetapkan sebagai hanya boleh dilihat oleh pengguna AO3 yang telah log masuk. Setelah anda menuntut karya-karya anda, anda boleh memilih untuk memaparkan karya tersebut secara umum. Selepas 30 hari, mana-mana karya diimport tapi tidak dituntut akan ditetapkan boleh dilihat oleh semua pelawat. Setelah itu, kami akan menutup laman tersebut selama-lamanya.

Sila hubungi Open Doors dengan nama-nama samaran Between the Lines anda dan alamat-alamat e-mail, jika:

  1. Anda ingin kami mengimport karya-karya anda, tetapi anda memerlukan pemberitahuan dihantar ke alamat e-mail lain daripada yang anda guna pada arkib asal.
  2. Anda sudah mempunyai akaun AO3 dan telah mengimport karya-karya anda sendiri.
  3. Anda ingin mengimport karya-karya anda sendiri (termasuk jika anda belum mempunyai akaun AO3)
  4. Anda TIDAK mahu karya-karya anda dipindahkan ke AO3
  5. Anda dengan sukacitanya ingin kami memelihara karya-karya anda di AO3, namun mahukan nama anda dibuang.
  6. Anda mempunyai sebarang soalan yang kami boleh bantu.

Sila sertakan nama arkib pada tajuk subjek e-mel anda. Jika anda tidak lagi mempunyai akses akaun e-mel yang berkaitan dengan akaun Between the Lines anda, sila hubungi Open Doors dan kami sedia membantu anda. (Jika anda telah menerbit karya-karya anda di tempat lain, atau mempunyai cara lebih mudah untuk mengesahkan karya anda, sangat bagus; jika tidak, kami akan bekerja bersama penyelaras Between the Lines untuk mengesahkan tuntutan anda.)

Sila lawat laman web Open Doors untuk arahan bagi

Jika anda masih mempunyai soalan…

Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut, lawati FAQ Open Doors, atau hubungi jawatankuasa Open Doors.

Kami amat berbesar hati jika peminat-peminat membantu kami memelihara cerita Between the Lines di Fanlore. Jika anda baru dalam mengedit wiki, jangan risau! Sila lihat portal pelawat baru, atau tanya penyelaras Fanlore untuk tip.

Kami teruja kerana dapat membantu memelihara Between the Lines!

– Kumpulan Open Doors dan ivedonestranger

Mengulas di siaran ini akan dinyahaktif dalam 14 hari. Jika anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan, atau komen-komen mengenai import berkenaan selepas tarikh tersebut, sila hubungi Open Doors.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement

Comments are closed.