Pada 17 haribulan Julai, Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) telah mencapai 2 juta orang pengguna. Hari ini, kami telah berjaya mencecah pencapaian yang lebih hebat: 5 juta karya! \o/
AO3 memasuki open beta pada November 2009. Ia mengambil masa sehingga Februari 2014 untuk mencapai 1 juta karya, tetapi hampir setiap tahun selepas itu, kami mampu mencapai sejuta karya lagi. Pada Julai 2018, kami mencapai 4 juta karya, dan pada Oktober tahun itu, kami mencapai 30000 fandom. Read More