Posts in Uncategorized @ms
Kempen Keahlian April 2021: Terima Kasih Bagi Sokongan Anda
Kini, dengan berakhirnya kempen keahlian OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) bagi Bulan April, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai. Dengan rasa teruja dan bersyukur kami sampaikan bahawa, sepanjang kempen ini berlangsung, kami berjaya mengutip sebanyak 264918.85 USD daripada 9110 orang penyumbang dari 84 buah negara, jauh melebihi sasaran kami yang ditetapkan 50000 USD. Kami juga berjaya meningkatkan jumlah keahlian kami kepada 16842 orang. Anda benar-benar luar biasa: terima kasih!
Statistik Pilihan Raya OTW untuk Tahun 2020
Pilihan Raya tahun 2020 telah berakhir, maka kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda statistik-statistik jumlah hadirin pengundi! Untuk Pilihan Raya tahun 2020, terdapat 13369 orang pengundi yang layak mengundi. Daripada jumlah itu, sebanyak 2858 undian telah diterima yang mewakili 21.4% daripada keseluruhan pengundi layak. Peratusan pengundi yang hadir pada tahun ini lebih rendah berbanding tahun lepas, iaitu 22.5%. Biarpun begitu, kami menyaksikan peningkatan dalam jumlah undi yang diterima, dari 2234 ke 2858, iaitu sebanyak 28%.
AO3, GDPR dan Anda
Anda mungkin telah mendengar khabar bahawa peraturan baru Kesatuan Europah atas perlindungan data, General Data Protection Regulation akan berlangsung pada May 25. Ia akan memberi kesan kepada laman dan organisasi di seluruh dunia, termasuk Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Tumpuan utama GDPR adalah privasi data dan ketelusan, dan juga memberi pengguna lebih kawalan atas data mereka digunakan. Pasukan AO3 telah berkerja keras untuk mematuhi semua keperluan GDPR dan membuat informasi lebih mudah didapati tentang bagaimana kami boleh menggunakan data anda di seluruh laman. Di sini mengandungi informasi yang anda perlu tahu tentang perubahan yang akan datang. Syarat-syarat Perkhidmatan Kami baru sahaja… Read more
Aktiviti Kita Pada Hari Fanworks Antarabangsa 2018
Seperti yang telah dinyatakan bulan lepas, OTW akan menganjurkan pelbagai acara bagi Hari Fanworks Antarabangsa sekali lagi pada tahun ini. Pada 15 Februari, kami akan meraikan Hari Fanworks Antarabangsa di seluruh zon waktu. Aktiviti yang ditaja oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah disenarai dibawah, tetapi kami harap anda akan memberitahu kami dia bahagian komen tentang aktiviti lain yang anda ketahui supaya kami boleh memberi signal boost mereka.
25 Pekara perlu tahu tentang OTW
Ramai di antara anda mungkin baru kepada OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) sementara beberapa dari anda telah mengikuti kemajuan kami sejak kami melancarkan pada tahun 2007. Sama ada, kami berharap terdapat beberapa perkara yang anda temukan tentang kami bulan ini. Sebagai ulang tahun besar kami yang akan datang tidak lama sekalipun, di sini adalah 25 perkara mengenai organisasi kami yang anda boleh ketahui sekarang!