Posts by Rhine
Apa Yang Kami Lakukan untuk Hari Fanwork Antarabangsa 2023
Hari Fanwork Antarabangsa tahunan kesembilan semakin hampir, dan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) mempunyai beberapa aktiviti yang akan datang tidak lama lagi untuk mengiktirafnya! Lihat senarai di bawah untuk mengetahui perkara-perkara yang kami lakukan untuk meraikan hari ini dan cara-cara anda boleh terlibat. 1. Cabaran Fanwork Pada bulan yang lepas, kami telah menjemput anda untuk menyertai cabaran hasil karya peminat (fanwork) yang bertemakan Apabila Fandom Bertembung dengan mencipta gabungan-gabungan fandom. Anda boleh menyertai dengan menghasilkan karya fiksyen, seni, video, headcanon, dan macam-macam lagi! Tag rekaan anda dengan #IFD2023 atau #IFDChallenge2023 di laman sosial, atau gunakan tag Hari Fanwork Antarabangsa di Archive of Our Own – AO3… Read more
Hari Fanwork Antarabangsa 2023 Akan Datang!
Simpan tarikh ini: Hari Fanwork Antarabangsa semakin hampir! Disambut setiap 15 Februari, Hari Fanwork Antarabangsa dicipta oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) pada 2014 sebagai penghormatan kepada fanwork kesejuta yang diterbitkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Ia merupakan satu pengiktirafan kepada fanworks dalam pelbagai bentuk – fiksyen, seni, video, zines, dan banyak lagi – dan kepada kehebatan dan kepentingan terhadap peminat-peminat seluruh dunia. Tahun ini, OTW akan memantau Hari Fanwork Antarabangsa tahunan kesembilan. Tema kami pada tahun ini adalah “When Fandoms Collide (Apabila Fandoms Bertembung)”. Pernahkah anda bayangkan apa akan berlaku jika Sam dan Dean Winchester bertegang leher dengan L dari… Read more