Hari Fanwork Antarabangsa 2023 Akan Datang!

Simpan tarikh ini: Hari Fanwork Antarabangsa semakin hampir!

Disambut setiap 15 Februari, Hari Fanwork Antarabangsa dicipta oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) pada 2014 sebagai penghormatan kepada fanwork kesejuta yang diterbitkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Ia merupakan satu pengiktirafan kepada fanworks dalam pelbagai bentuk – fiksyen, seni, video, zines, dan banyak lagi – dan kepada kehebatan dan kepentingan terhadap peminat-peminat seluruh dunia.

Tahun ini, OTW akan memantau Hari Fanwork Antarabangsa tahunan kesembilan. Tema kami pada tahun ini adalah “When Fandoms Collide (Apabila Fandoms Bertembung)”. Pernahkah anda bayangkan apa akan berlaku jika Sam dan Dean Winchester bertegang leher dengan L dari Death Note dalam satu penyiasatan jenayah? Atau jika Katsuki Yuuri dan Viktor Nikiforov berada dalam dunia alternatif stail Our Flag Means Death? Ini adalah peluang anda untuk menulis, melukis atau filk idea gabungan fandom di luar fikiran anda!

Anda boleh mengambil bahagian seperti mana yang anda mahukan, tetapi kami mempunyai beberapa cadangan:

  • Cipta senarai cadangan gabungan fandom kegemaran anda untuk dikongsi sebagai sebahagian daripada Feedback Fest (Pesta Maklum Balas) kami, bermula 12 Februari
  • Terbit karya gabungan anda di AO3 menggunakan tag International Fanworks Day 2023 kami
  • Kongsi headcanon gabungan anda di media sosial menggunakan tag #IFD2023 atau #IFDChallenge2023

Ikuti Berita OTW di media sosial untuk mengetahui dalam beberapa minggu apa kegiatan kami dalam menyambut Hari Fanworks Antarabangsa 2023. Jika anda atau komuniti fandom anda ingin mengacara aktiviti sendiri, sila beritahu kami supaya kami boleh bantu sebarkan!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.