Apa Yang Kami Lakukan untuk Hari Fanwork Antarabangsa 2023

Hari Fanwork Antarabangsa tahunan kesembilan semakin hampir, dan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) mempunyai beberapa aktiviti yang akan datang tidak lama lagi untuk mengiktirafnya! Lihat senarai di bawah untuk mengetahui perkara-perkara yang kami lakukan untuk meraikan hari ini dan cara-cara anda boleh terlibat.

1. Cabaran Fanwork

Pada bulan yang lepas, kami telah menjemput anda untuk menyertai cabaran hasil karya peminat (fanwork) yang bertemakan Apabila Fandom Bertembung dengan mencipta gabungan-gabungan fandom. Anda boleh menyertai dengan menghasilkan karya fiksyen, seni, video, headcanon, dan macam-macam lagi!

Tag rekaan anda dengan #IFD2023 atau #IFDChallenge2023 di laman sosial, atau gunakan tag Hari Fanwork Antarabangsa di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Kami tidak sabar untuk melihat rekaan anda!

2. Pesta Maklum Balas

Adakan anda mempunyai gabungan fandom yang anda sukai oleh pereka AO3 kegemaran anda? Kongsikannya di laman sosial menggunakan tag #IFD2023 atau #IFDChallenge2023! Pada 12 Februari, kami juga akan membuat siaran di mana anda boleh memberikan cadangan kepada para peminat yang lain di satu tempat.

3. Cabaran Fanlore

Perayaan ini bukannya di AO3 sahaja: Fanlore, wiki sejarah dan budaya peminat juga turut serta meraikan! Cabaran ini berlangsung dari Februari 13 hingga 19 dan akan melibatkan cabaran suntingan baharu untuk diselesaikan pada setiap hari. Untuk menyertai, sila rujuk laman Cabaran Fanlore IFD 2023 untuk maklumat lanjut.

4. Permainan dan Perbualan Peminat (dalam Bahasa Inggeris)

Antara 21:00 UTC pada 14 Februari (jam berapakah itu untuk saya?) dan 3:00 UTC pada 16 Februari (jam berapakah itu untuk saya?), sukarelawan OTW yang berbahasa Inggeris akan menganjurkan bilik perbualan dengan permainan-permainan fannish dalam pelayan Discord rasmi OTW. Kami akan bermain Trivia, 20 Soalan, Round Robin Lirik dan banyak lagi!

Kami akan menyiarkan pautan untuk ke pelayan tersebut serta jadual penuh aktiviti pada 14 haribulan.


OTW ialah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.