The Common People Warehouse akan Berpindah ke AO3

The Common People Warehouse, sebuah arkib hasil fiksyen peminat (fanfiction) Komik Marvel dalam genre The Common People (TCP) akan dipindahkan ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Dalam siaran ini:

Penjelasan Latar Belakang

The Common People merupakan sebuah genre fanfiction Komik Marvel yang dicipta oleh Kielle dan Phil Foster yang berfokus kepada orang-orang biasa dalam dunia Marvel. Untuk memelihara cerita-cerita TCP ini dan memastikan ia kekal untuk peminat-peminat baharu dan lama, TCP Warehouse akan dipindahkan ke AO3.

Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Arkib Dalam Talian) Open Doors adalah untuk membantu moderator arkib untuk memasukkan karya peminat dari arkib tersebut ke AO3. Open Doors bekerjasama dengan moderator untuk mengimport arkib mereka apabila moderator kekurangan dana, masa atau sumber lain untuk terus mengekalkan arkib mereka secara bebas. Ia amat penting bagi Open Doors bahawa kami bekerjasama dengan moderator yang ingin mengimport arkib mereka, dan kami memberi kredit sepenuhnya kepada pencipta karya, dengan memberikan mereka kawalan sebanyak mungkin ke atas karya peminat mereka. Open Doors akan bekerjasama dengan sevenall untuk mengimport TCP Warehouse ke sebuah koleksi berasingan, yang boleh dicari di AO3.

Kami akan mula memindahkan karya-karya dari TCP Warehouse ke AO3 selepas bulan Disember. Walau bagaimanapun, pengimportan mungkin tidak berlaku selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada saiz dan kerumitan arkib. Pereka sentiasa dialu-alukan untuk mengimport karya mereka sendiri dan menambahnya pada koleksi buat sementara waktu.

Apakah kesannya kepada pengarang yang telah mempunyai karya di TCP Warehouse?

Kami akan menghantar pemberitahuan pemindahan ke alamat e-mel yang kami berikan kepada setiap pengarang. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyemak salinan sedia ada bagi mana-mana karya sebelum dipindahkan. Jika kami menjumpai salinan sudah ada di AO3, kami akan menambahnya ke sebuah koleksi dan kami tidak akan memindahkannya. Semua karya yang diarkib bagi pihak pengarang akan termasuk nama mereka dalam barisan kecil dalam karya tersebut atau di ringkasan karya.

Semua karya yang diimport akan ditetapkan sebagai tatapan sahaja oleh pengguna AO3 yang telah log masuk. Sebaik sahaja anda menuntut karya anda, anda boleh tetapkan sebagai tatapan terbuka. Selepas 30 hari, semua karya yang diimport yang tidak dituntut akan ditetapkan sebagai tatapan umum.

Sila hubungi Open Doors menggunakan nama samaran TCP Warehouse dan alamat emel jika:

  1. Anda ingin kami mengimport karya anda, tetapi anda memerlukan pemberitahuan dihantar ke alamat e-mel yang berbeza daripada yang anda gunakan pada arkib asal
  2. Anda sudah mempunyai akaun AO3 dan telah mengimport karya anda sendiri.
  3. Anda ingin mengimport karya anda sendiri (termasuk jika anda belum mempunyai akaun AO3).
  4. Anda TIDAK mahu karya anda dipindahkan ke AO3, atau TIDAK mahu karya anda ditambah ke koleksi arkib.
  5. Anda berbesar hati untuk kami mengekalkan karya anda di AO3, tetapi mahukan kami mengalih keluar nama anda.
  6. Anda mempunyai sebarang soalan lain yang perlukan bantuan kami.

Sila sertakan nama arkib dalam tajuk e-mel anda. Jika anda tidak lagi mempunyai akses kepada akaun e-mel yang dikaitkan dengan akaun TCP Warehouse anda, sila hubungi Open Doors dan kami akan membantu anda. (Jika anda telah menyiarkan karya itu di tempat lain, atau mempunyai cara mudah untuk mengesahkan bahawa ia adalah milik anda, itu sangatlah bagus; jika tidak, kami akan bekerjasama dengan mod arkib untuk mengesahkan tuntutan anda.)

Sila lihat laman Open Doors bagi langkah-langkah untuk

Jika anda masih mempunyai soalan…

Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila lawat FAQ Open Doors, atau hubungi ahli jawatankuasa Open Doors.

Kami juga berbesar hati jika peminat dapat membantu kami mengekalkan kisah The Common People Warehouse di Fanlore. Jika anda baru dalam pengeditan wiki, jangan risau! Lihat laman pelawat baru, atau sila tanya Fanlore Gardeners untuk mendapatkan tip.

Kami teruja kerana dapat membantu memelihara The Common People Warehouse!

– Pasukan Open Doors dan sevenall

Komen yang ditinggalkan pada siaran ini akan ditutup dalam masa 14 hari. Jika anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau komen mengenai pengimportan ini selepas tarikh tersebut, sila
hubungi Open Doors.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Open Doors

Comments are closed.