Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Usaha pengumpulan dana OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) pada bulan April telah berakhir, dan kami merasa rendah hati dengan kemurahan hati anda yang sangat luar biasa. Sumbangan anda melebihi jauh sasaran awal kami iaitu US$130,000, menjadikan jumlahnya kepada US$458,501.00 yang telah disumbangkan oleh 14905 orang dari 96 negara. Kami sangat berterima kasih, dan berkomitmen seperti biasa kepada komuniti ini yang kami semua bangun bersama, setiap hari. Kami sangat berterima kasih, dan komited seperti biasa kepada komuniti yang kita semua bina bersama, pada setiap hari. Kami tidak pernah akan cukup berterima kasih kerana membantu misi kami dan untuk memastikan bahawa projek kami akan berkembang lebih besar lagi di masa hadapan.

OTW adalah organisasi bukan keuntungan, yang bermaksud setiap dolar yang anda sumbangkan disalurkan kepada kerja kami, melindungi karya peminat dan budaya peminat untuk semua orang. Pada tahun ini, anda menyokong jawatankuasa Open Doors yang sedang berusaha untuk mengurangkan kesan dari Penutupan Kumpulan Yahoo, bekerjasama dengan ahli kumpulan dan moderator untuk mengimport kandungan ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Anda telah membantu membiayai pembelian pelayan baru untuk AO3, pelayan baru untuk AO3 yang akan memantapkan kestabilan yang lebih tinggi apabila pangkalan pengguna kami terus berkembang. Dan anda telah menyokong jawatankuasa Guamankami ketika mereka menentang undang-undang yang tidak mesra pengguna di seluruh dunia. (Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut mengenai bagaimana dana kami dibelanjakan dalam siaran bajet kami yang terbaru.)

Dengan bantuan anda, kami terus dapat aktif menyokong karya peminat dan berkhidmat untuk keperluan komuniti fannish yang sentiasa berkembang tahun demi tahun. Oleh itu terima kasih, sekali lagi; kami benar-benar terharu dengan sokongan dan kemurahan hati anda. Dan jangan risau: jika anda ingin menyumbang di luar tempoh kempen, OTW menerima sumbangan sepanjang tahun!

(Harap maklum bahawa disebabkan situasi COVID-19 yang sedang berlaku, ada kemungkinan penghantaran hadiah sumbangan mungkin terlewat. Anda akan mendapat maklumat terkini mengenai perkara ini di halaman sumbangan kami.)


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.