Posts in Financial Support

Kempen Keahlian April 2024: Terima kasih Atas Sokongan Anda

Kempen Keahlian April OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah berakhir dan kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah tamat dengan jumlah derma sebanyak 207088.91 USD, jauh melebihi matlamat kami iaitu 50000.00 USD. Derma ini datang daripada 6073 orang penderma di 70 buah negara: terima kasih kepada anda semua, serta kepada anda yang menyiarkan dan berkongsi berita tentang kempen ini! Kami amat berbesar hati kerana 5206 orang penderma telah memilih sama ada untuk menjadi ahli baharu atau memperbaharui keahlian OTW dengan derma mereka. OTW tidak dapat wujud tanpa penggunanya di seluruh dunia, dan sokongan berterusan anda kepada kami merupakan kebanggaan dan kegembiraan utama kami! Kami sangat… Read more

Kempen Keahlian April 2024: Memelihara Keselamatan Fanwork

Baru-baru ini, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah selesai menjalankan dua tinjauan bersama pengguna projek kami untuk mengetahui apa yang mereka maklum tentang kerja kami. Dalam Tinjauan Ulang Tahun Ke-16 kami, 87% daripada 67,474 orang pengguna yang menjawab tinjauan kami menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar tentang Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) OTW sebelum ini. Namun, dalam Tinjauan Ulang Tahun Ke-10 Hari Fanwork Antarabangsa (IFD), lebih daripada 60% responden mengatakan bahawa mereka tahu yang OTW memelihara arkib-arkib fandom, tetapi hanya 28% mengetahui bahawa kami turut memelihara hasil karya peminat (fanwork) fizikal. Jadi, kami ingin memberi fokus kepada kerja-kerja penting yang dilakukan oleh… Read more