Posts in Fanart

Apa yang Kami Akan Lakukan untuk #IFD2022

Tinggal seminggu sahaja lagi untuk Hari Fanwork Antarabangsa yang kelapan (atau singkatannya “IFD”) dan kami di OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) menyediakan banyak acara untuk anda semua! Sila lihat acara di bawah dan sertai keseronokan ini. 1. Cabaran Karya Peminat Tema kami untuk IFD tahun ini ialah ‘Klasik Fandom’ dan dalam siaran yang dibuat bulan lepas, kami telah menjemput anda untuk mengambil bahagian dengan mencipta karya peminat yang mengisahkan, mengadun semula atau sebaliknya memberi penghormatan kepada karya yang anda anggap klasik untuk fandom kegemaran anda. Anda juga boleh menulis meta tentang karya kegemaran anda! Kami menjemput anda untuk berkongsi ciptaan anda menggunakan hashtag #IFD2022 atau #IFDChallenge2022… Read more