Kempen Keahlian Organisasi Karya-karya Transformatif, 19 - 23 April 2018

Sumbangan Anda Memelihara Sejarah Fannish!

Pernahkah anda mencari sesuatu karya yang anda telah baca beberapa tahun yang lalu dan mendapati ia telah hilang dari internet? Kami semua semestinya pernah mengalaminya. Sementara fandom-fandom membangun dan masa bertahun-tahun berlalu, beribu-ribu karya peminat hilang setiap hari—seluruh arkib menjadi offline setiap bulan dan bersama dengan khazanah-khazanah yang terkandung dalamnya, hilang selama-lamanya kepada fandom dan generasi peminat akan datang.

Di sinilah Open Doors (Open Doors) memainkan peranan! Open Doors adalah projek OTW (Organisasi untuk Karya-Karya Transformatif), yang berdedikasikan untuk memelihara dan mengarkibkan suara-suara fannish. OTW bekerjasama dengan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) untuk melindungi bahan kegemaran lama anda yang terdapat di tempat lain di sekitar web. Sumbangan anda memberikan kami sumber-sumber yang diperlukan untuk meneruskan projek ini. Dalam tahun 2017 sahaja, Open Doors telah berjaya memelihara lebih daripada 43,000 karya peminat oleh kerana sokongan anda!

Apabila arkib karya peminat yang berisiko meminta bantuan kami, Open Doors bekerjasama dengan pemilik arkib tersebut untuk memelihara kandungan fannish mereka di AO3. Tetapi bukan itu sahaja! Projek ini juga membantu memelihara artifak fizikal budaya peminat seperti zine, kraftangan dan risalah menerusi usaha kerjasama dengan University of Iowa. Selain itu, Open Doors telah bekerja untuk menyelamatkan kandungan fannish dari laman-laman Geocities yang mungkin akan hilang selamanya apabila Geocities ditutup! Terima kasih untuk dana yang membantu kami memelihara sejarah yang unik ini.

Beberapa perkara: Projek Open Doors telah mengimport sebanyak 40 arkib setakat ini, dengan 20 lagi yang masih dalam proses pada masa kini. Ini bermaksud bahawa lebih daripada 87,000 karya peminat telah diimport, dengan 21,000 lagi yang akan datang! Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila lihat laporan akhir tahun projek ini dari 2016 dan 2017.

Kami amat bersyukur terhadap sumbangan anda, yang membolehkan kami membiayai pembelajaran seperti pelayar yang menghoskan karya peminat berisiko – karya yang Open Doors bekerja keras untuk menyelamatkan. Anda boleh melihat pos belanjawan terkini kami untuk maklumat lanjut tentang bagaimana sumbangan anda digunakan dan apa yang kami harap mencapai dengannya pada masa akan datang!

Open Doors merupakan salah satu daripada banyak projek yang anda boleh menyokong melalui derma anda. Segala kerja yang dilakukan oleh OTW bergantung sepenuhnya kepada sokongan anda!
Dermakan hari ini!

OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW.Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.