
Pada bulan Januari 2017, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah memulakan pelan strategiknya yang pertama. Tujuan pelan strategik ini adalah untuk membimbing hala tuju organisasi ini: untuk memberi definisi kepada apa yang kami hendak capai dan cara untuk mencapainya. Pelan strategik adalah bahan utama buat bisnes tanpa keuntungan dan untuk keuntungan, dan ia sangat penting bagi OTW kerana kami telah berubah daripada sebuah permulaan yang kecil hingga menjadi sebuah organisasi kompleks yang sentiasa berkembang dan mempunyai sebuah projek yang telah memenangi Hugo Award.
Kami sekarang sudah mencecah 3 tahun, bekerja keras agar pelan strategik ini berjaya. Walaupun pelan ini ditutup dan kami teruja untuk bergerak ke masa hadapan, namun kami ingin berkongsi bersama anda beberapa acara kemuncak pelan strategik ini yang telah membantu OTW untuk berjaya.
Apakah Pelan Strategik pertama OTW yang dilakukan untuk organisasi ini?
Untuk jawatankuasa individu:
Semua (atau hampir kesemua) ahli jawatankuasa OTW sekarang mengetahui dan telah mendokumentasi:
- Peranan ahli jawatankuasa di dalam organisasi ini (skop pernyataan),
- Ekspektasi untuk pengerusi, dan bagaimana untuk melatih pengerusi baharu (penggambaran posisi pengerusi/ketua dan pelan latihan),
- Bagaimana untuk mendapat dan melatih staf baharu (pelan pengambilan ahli),
- Bagaimana cara untuk memahami dan berkomunikasi tentang berapa banyak wang yang diperlukan setiap tahun (bajet),
- Apakah matlamat mereka untuk masa hadapan dan bagaimana cara untuk melaksanakannya (pelan tindakan),
- Kerja ahli jawatankuasa yang tetap dan berterusan, dan bagaimana cara untuk melaksanakannya (laman wiki dalaman).
Untuk Lembaga:
Pelan strategik ini telah membimbing Lembaga dalam:
- Menjelaskan kewajipan seseorang ahli Lembaga dan Pegawai Lembaga (skop dan dokumentasi peranan),
- Susun atur cara dalam memperkenalkan ahli Lembaga baharu kepada maklumat yang mereka perlukan (pelan latihan Lembaga),
- Membincangkan masa hadapan struktur kepimpinan OTW, dan membuat beberapa cadangan penambahbaikan (pilihan kepemerintahan penyelidikan dan pelan model operasi baharu).
Untuk keseluruhan organisasi:
Pelan strategik ini telah menyokong OTW secara menyeluruh dalam membuat:
- Bajet tahunan,
- Dasar kewangan jelas yang selaras dengan pelaksanaan yang terbaik untuk bahagian tidak berkeuntungan,
- Matlamat untuk jumlah wang yang perlu ada di dalam simpanan, dan apa yang kami ingin kempen pengumpulan dana kami laksanakan,
- Proses yang boleh digunakan oleh projek kami untuk menetapkan matlamat untuk masa hadapan dan mendokumentasikan pencapaian mereka,
- Laporan tentang pendapat sukarelawan tentang pertemuan besar OTW, yang sekarang tengah dibincangkan oleh Lembaga.
Terima Kasih!
Sukarelawan OTW telah bekerjasama untuk mencapai matlamat-matlamat ini, dan kerja kami hanya dapat dilaksanakan oleh dana dan sokongan ahli-ahli kami dan pengguna-pengguna.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua sukarelawan OTW dan pihak berkepentingan!