Projek-Projek Kami

Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)
AO3 menawarkan pusat pengehosan bukan komersial dan bukan untung untuk hasil fiksyen peminat-peminat dan karya-karya transformatif yang lain dengan menggunakan perisian arkib sumber terbuka.

Fanlore
Fanlore ialah sebuah wiki fandom yang dikhaskan untuk memelihara sejarah hasil karya peminat transformatif dan fandom asal karya-karya tersebut.

Legal Advocacy (Bantuan Guaman)
OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) komited terhadap perlindungan hasil karya peminat daripada eksploitasi komersial dan halangan dari segi perundangan.

Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital)
Open Doors menawarkan perlindungan kepada projek fannish yang menghadapi risiko. Subprojek kami termasuklah Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat), yang memelihara fanzine (majalah yang dihasilkan oleh peminat) dan bahan bukan digital budaya peminat yang lain, dan juga GeoCities Rescue Project (Projek Penyelamat GeoCities).

Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif)
TWC ialah sebuah jurnal akademik kajian semula setara yang bertujuan untuk mempromosi penyelidikan tentang karya dan amalan peminat.


Projek-Projek Kajian Peminat Lain

  • Fanhackers
    OTW menerbitkan blog untuk perbincangan topik meta fannish dan perspektif fannish tentang pengajian peminat dan media.

  • Video Peminat dan Multimedia
    Projek multimedia kami pada masa ini merangkumi Fan Video Roadmap (Pelan Tindakan Fanvid), projek Vidding History (SejarahVidding) termasuk Test Suite of Fair Use Vids (Laman contoh video penggunaan adil), dan beberapa halaman sumber untuk pencipta video peminat, termasuk cadangan tempat pengehosan video dan arahan untuk membenam video peminat di AO3.

  • Bibliografi Pengajian Peminat Zotero
    Bibliografi menyeluruh tentang pengajian peminat yang diselenggara oleh Nele dan Karen dari TWC.

  • Buku-buku akademik berkaitan OTW