Pesta Maklum Balas 2022 bermula sekarang!

Kita semua telah membina canon tersendiri – karya fiksyen, video, karya seni dan karya-karya lain yang kita sayang dan sering lihat. Dalam bulan Januari, kami telah memberitahu anda tema Hari Karya Peminat Antarabangsa (atau secara ringkasnya “IFD”daripada akronim bahasa Inggerisnya) tahun ini adalah “Karya Klasik Fandom”, dan kami telah meminta anda mula mengumpulkan hasil karya yang anda anggap sebagai bahan bacaan, tontonan atau pendengaran yang perlu.

Kini masanya telah tiba dan kami ingin melihat hasilnya! Artikel ini adalah tempat untuk anda berkongsi karya yang anda anggap sebagai karya klasik atau kegemaran fandom. Ia boleh jadi karya-karya yang telah membentuk fandom sendiri, karya yang telah memberi insipirasi kepada anda secara peribadi, ataupun karya yang telah membuka mata anda tentang canon – walau apapun cara anda mendefinisikannya.

Untuk menyertai, komen sahaja di bawah dan kongsikan maklumat tentang mana-mana karya peminat klasik yang anda rasa mesti disertakan. Jangan lupa untuk memautkan kepada karya tersebut dan beritahu kami sebab anda rasakan karya tersebut adalah salah satu karya klasik fandom. (Jika mahu, anda juga boleh memautkan artikel cadangan yang anda telah buat dan siarkan di tempat lain dengan tanda pagar #IFD2022.)

Pastinya, pencipta karya-karya peminat ini juga mestilah dihargai juga, jadi apabila anda pergi mendapatkan pautan tersebut, beritahu mereka betapa anda menyukai karya mereka, dan jangan lupa untuk menyemak cadangan-cadangan peserta lain – anda mungkin akan menemui karya kegemaran baharu untuk ditambahkan ke canon peribadi anda.

Berseronoklah!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.