Perubahan Selanjutnya kepada Tanggungjawab Bantuan dan Polisi & Aduan

Dalam kami terus berusaha untuk seimbangkan tanggungjawab jawatankuasa Bantuan dan Polisi & Aduan kami dengan lebih baik, kami akan alihkan dua lagi jenis isu daripada Polisi & Aduan kepada mandat Bantuan:

Pewaris Terdekat Fannish

Ini ialah pilihan yang kami tawarkan untuk membenarkan orang tertentu untuk mengurus akaun anda jika anda meninggal dunia atau hilang upaya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Pewaris Terdekat Fannish, anda boleh membaca FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan kami tentang perkara tersebut. Harap maklum bahawa jika anda mempunyai permintaan Pewaris Terdekat Fannish yang sedang dalam proses, kumpulan Polisi & Aduan kami akan melengkapkan permintaan yang telah mereka terima.

Mulai sekarang, jika anda ingin menamakan Pewaris Terdekat Fannish, atau perlu menukar atau mengaktifkan yang sedia ada, sila hubungi Bantuan.

Karya-karya Pendua

Kadangkala, disebabkan ralat atau kesilapan, sebuah karya mungkin diterbitkan beberapa kali. Ini boleh dilaporkan kepada kumpulan Bantuan kami, yang akan menyiasat dan mengeluarkan salinan. Harap maklum bahawa karya yang mengandungi kandungan yang berbeza (seperti karya yang merupakan versi yang diedit atau versi karya lain yang ditulis semula) tidak akan dianggap sebagai pendua serupa.

Jika anda ingin melaporkan karya-karya yang merupakan pendua sama antara satu sama lain, sila sertakan pautan kepada kedua-duanya atau semua karya berkenaan dalam laporan anda kepada kumpulan Bantuan kami. Kami berharap perubahan ini akan membantu dengan membenarkan ahli kumpulan Polisi & Aduan kami menumpukan lebih banyak masa dan tenaga mereka untuk isu-isu lain!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement, Archive of Our Own

Comments are closed.