Perletakan Jawatan Pengarah-Pengarah OTW

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) amat berduka cita untuk memaklumkan bahawa Antonius Melisse dan Natalia Gruber telah meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah. Tempoh penggal Antonius dijadualkan berakhir dalam masa beberapa bulan lagi, dan kerusi beliau dijangka akan dipenuhi pada penghujung sesi pilihan raya terkini. Walau bagaimanapun, Natalia masih mempunyai dua tahun dalam penggal beliau. Kerusi beliau akan ditambah ke dalam jumlah kerusi yang akan dipenuhi pada pilihan raya akan datang.

Oleh sebab jumlah kekosongan ahli Lembaga menyamai jumlah calon, pilihan raya Lembaga OTW tahun ini merupakan pilihan raya tanpa pertandingan. Namun, pilihan raya tetap akan dijalankan, pada 11 – 14 Ogos, dan ahli-ahli OTW melantik tiga orang calon untuk berkhidmat tempoh penggal penuh (3 tahun) dan dua orang calon untuk tempoh penggal separa.

Kami ingin berterima kasih kepada Antonius dan Natalia atas khidmat mereka sebagai ahli Lembaga dan kami mengucapkan selamat maju jaya dalam usaha mereka pada masa hadapan.

Diedit untuk menambah: Pengarah Lembaga Alex Tischer juga telah meletakkan jawatan daripada Lembaga OTW berkuasa efektif 23hb Julai.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement

Comments are closed.