Kempen Keahlian Organisasi Karya-karya Transformatif, 19 - 23 April 2018

Sumbangan Anda Memelihara Sejarah Fannish!

Pernahkah anda mencari sesuatu karya yang anda telah baca beberapa tahun yang lalu dan mendapati ia telah hilang dari internet? Kami semua semestinya pernah mengalaminya. Sementara fandom-fandom membangun dan masa bertahun-tahun berlalu, beribu-ribu karya peminat hilang setiap hari—seluruh arkib menjadi offline setiap bulan dan bersama dengan khazanah-khazanah yang terkandung dalamnya, hilang selama-lamanya kepada fandom dan generasi peminat akan datang.

Di sinilah Open Doors (Open Doors) memainkan peranan! Open Doors adalah projek OTW (Organisasi untuk Karya-Karya Transformatif), yang berdedikasikan untuk memelihara dan mengarkibkan suara-suara fannish. OTW bekerjasama dengan Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) untuk melindungi bahan kegemaran lama anda yang terdapat di tempat lain di sekitar web. Sumbangan anda memberikan kami sumber-sumber yang diperlukan untuk meneruskan projek ini. Dalam tahun 2017 sahaja, Open Doors telah berjaya memelihara lebih daripada 43,000 karya peminat oleh kerana sokongan anda! Read More

Organisasi Karya-Karya Transformatif: Bajet 2018

Kewangan OTW: Bajet 2018

2017 merupakan satu lagi tahun yang sibuk dan produktif untuk pasukan kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif)! Kami berterusan dengan usaha kami untuk menambahbaikan kecekapan organisasi ini dalam polisi dan kepatuhan kepada amalan perakaunan yang seragam. Kami telah melakukan audit yang pertama untuk penyata kewangan kami yang berakhir pada awal 2018. Anda boleh melihat audit penyata kewangan kami bagi tahun 2015 dan 2016 pada Laman Kewangan OTW. Kami sedang menyediakan audit kami untuk penyata kewangan 2018 kami dan ini patut dilakukan dalam beberapa minggu.

Tanpa berlengah lagi, ini adalah bajet kami bagi tahun 2018 (muat turun spreadsheet bajet untuk informasi lanjut): Read More

Hari Fanworks Antarabangsa

Aktiviti Kita Pada Hari Fanworks Antarabangsa 2018

Seperti yang telah dinyatakan bulan lepas, OTW akan menganjurkan pelbagai acara bagi Hari Fanworks Antarabangsa sekali lagi pada tahun ini.

Pada 15 Februari, kami akan meraikan Hari Fanworks Antarabangsa di seluruh zon waktu. Aktiviti yang ditaja oleh OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah disenarai dibawah, tetapi kami harap anda akan memberitahu kami dia bahagian komen tentang aktiviti lain yang anda ketahui supaya kami boleh memberi signal boost mereka. Read More