Menemui Komuniti ketika Pengasingan

Organisasi Karya-karya Transformatif (OTW) adalah organisasi bukan keuntungan, yang dikendalikan oleh sukarelawan daripada seluruh dunia. Semua yang kami jana adalah untuk menyokong projek-projek kami. Namun, kami tidak mampu lakukakannya bersendirian. Itulah sebabnya hari ini, seperti yang kami lakukan pada setiap bulan April, kami akan memulakan kempen keahlian yang diadakan dua tahun sekali, dan meminta pengguna kami untuk menyumbang untuk menyokong kerja kami. Read More

Kewangan OTW: Bajet 2020

Sepanjang 2019, pasukan kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah bekerja di sebalik tabir untuk memastikan bahawa kesemua bil organisasi telah dibayar, cukai telah difailkan, dan piawai prosedur kewangan telah dicapai. Persiapan untuk penyata kewangan 2019 dan audit sedang berjalan!

Di samping itu, pasukan kami juga telah bekerja keras untuk mencapai keperluan 2020 OTW, dan kami dengan bangganya ingin menyampaikan bajet tahun ini (sila akses hamparan bajet 2020 untuk keterangan lebih lanjut): Read More

OTW dan COVID-19

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dikendalikan oleh sukarelawan yang berada di seluruh dunia. Kami bekerja dari rumah, di perpustakaan dan kedai kopi, bahkan juga ketika waktu lengang dengan kerja kami yang lain. Ini bererti, ketika semakin ramai daripada kita yang perlu tinggal di rumah disebabkan pandemik COVID-19, bagaimana kami bekerja tidak akan banyak berubah, namun komitmen masa kami akan. Ada di antara kami akan mempunyai masa yang lebih untuk menumpukan perhatian kepada OTW dan akan dapat bekerja lebih banyak daripada yang dijangkakan. Ada yang akan mempunyai komitmen bersama keluarga atau peribadi, mengurangkan jumlah masa yang boleh dihabiskan untuk memastikan perkara berjalan dengan lancar. Dan ada pula sesetengah daripada kami yang mungkin perlu menghabiskan lebih banyak masa menikmati koleksi besar Archive of Our Own – AO3 (Organisasi Karya-Karya Transformatif) terdiri dari hasil karya peminat dan bukannya memikirkan tentang membangunkan infrastrukturnya demi kesihatan mental kami. Sila ambil perhatian tentang perkara ini jika anda mengalami kelewatan respons ketika menghubungi kami. Read More