Open Doors

Projek Open Doors didedikasikan untuk menawarkan perlindungan kepada kandungan fannish yang berisiko. Kami mempunyai beberapa subprojek dan usaha penyelamatan yang bertujuan mengarkib dan memelihara pelbagai jenis hasil kerja peminat dan artifak budaya peminat.

Kerja kami termasuk:

  • Special Collections (Koleksi Istimewa): Galeri Koleksi Istimewa kami termasuk arkib yang diselamatkan dan cabaran yang dianjurkan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), dan juga projek digital yang tidak boleh disepadukan ke dalam AO3 atau Fanlore. Ini termasuk .pdf, hasil multimedia peminat, laman web peminat yang mempunyai kandungan sejarah yang penting, dan artifak digital yang lain.
  • Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat): Usaha bersama antara OTW dan Jabatan Koleksi Istimewa di Universiti Iowa untuk mengarkib dan mengekalkan fanzine dan budaya peminat lain yang bukan digital.
  • GeoCities Rescue Project (Projek Penyelamatan GeoCities): Projek didedikasikan untuk memelihara laman peminat yang hilang kerana penutupan GeoCities oleh Yahoo pada bulan Oktober 2009.
  • Yahoo Groups Rescue Project (Projek Penyelamatan Yahoo Groups) (dalam Bahasa Inggeris): Sebuah projek yang didedikasikan untuk memelihara hasil fiksyen dan seni peminat, dan meta daripada Yahoo Groups yang mungkin sebaliknya akan hilang berikutan penutupan Yahoo Groups oleh Verizon pada Januari 2020.
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman webOpen Doors.