
Sejak penubuhan kami pada tahun 2009, OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif) telah dibina dan dikendalikan oleh peminat. Sehingga hari ini, hal ini kekal benar: OTW adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh peminat untuk peminat, dan peminat yang sama tersebut menggerakkan OTW pada setiap peringkat. Dalam setiap jawatankuasa kami, para sukarelawan melakukan operasi penting dalam memastikan semua projek kami terus berfungsi dan bergerak ke hadapan. Tanpa mereka, OTW tidak akan wujud, dan kami amat berterima kasih atas kerja mereka yang amat penting.
Kerana OTW terus berkembang, pasukan sukarelawan kami terus berkembang bersamanya. Tahun ini kami melepasi 1,000 sukarelawan – jumlah yang mengagumkan! Dan itu tidak termasuk sukarelawan terdahulu yang telah meluangkan masa mereka untuk menyokong kami.
Pada Hari Sukarelawan Antarabangsa ini, kami meraikan semua sukarelawan kami, dahulu dan sekarang. Sumbangan anda dilihat dan dihargai. Terima kasih untuk semua yang anda lakukan!
OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.