
Jawatankuasa Penyelarasan Tag dengan sukacitanya mengumumkan yang kami telah mencapai jumlah 40,000 fandom dalam Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)!
Pada tahun-tahun yang lalu, kami telah melangkaui pelbagai pencapaian fandom:
- 5,000 fandom sekitar Hari Tahun Baru 2010
- 10,000 fandom pada September 2012
- 15,000 fandom pada April 2014
- 20,000 fandom pada Disember 2015
- 25,000 fandom pada Jun 2017
- 30,000 fandom pada Oktober 2018
- 35,000 fandom pada Disember 2019
Pada kali ini, kami telah memilih untuk meraikannya melalui artikel ini, yang menerangkan kaedah-kaedah para penyelaras tag kami menyusun tag-tag yang memudahkan navigasi dalam AO3 sepanjang ia terus berkembang. Kami turut telah menyertakan petua-petua untuk membantu anda mengetag karya-karya anda sendiri yang akan memanfaatkan anda dan juga orang lain yang menggunakan penapis AO3.
Apakah itu Fandom, sebenarnya?
Terima kasih kerana bertanya! Berkenaan mengetag dalam AO3, sebuah fandom bererti media sumber di mana berasalnya watak-watak, hubungan atau konsep-konsep lain anda. Sebagai contoh, anda mungkin berada dalam fandom untuk pasangan Hán Xìn/Lǐ Bái (King of Glory), tetapi penyelaras akan menganggapnya sebagai sebahagian daripada fandom 王者荣耀 | King of Glory (Video Game) memandangkan di situlah kedua-dua watak tersebut berasal.
Fandom dalam AO3 merangkumi perkara-perkara yang anda mungkin jangkakan seperti rancangan-rancangan televisyen, buku-buku, podcast, permainan-permainan video, wayang-wayang filem dan kumpulan-kumpulan muzik, tetapi melalui jasa pengguna-pengguna kami yang penuh dengan kreativiti, kami juga mempunyai fandom untuk perkara-perkara seperti iklan, antropomorfisme, permainan tabletop, koleksi minyak wangi dan lebih lagi.
Berkongsi 40,000 Fandom dengan lebih daripada 2.5 Juta Orang
Walaupun wujudnya pelbagai jenis fandom dalam AO3, kesemua fandom tersebut terdapat sejumlah kesamaan yang tidak disangka-sangka dari segi nama-nama watak, peristiwa dan konsep.Dalam AO3, watak-watak, peristiwa-peristiwa dan konsep-konsep semua diwakili dengan tag! Dengan sebuah komuniti peminat yang sebesar ini, serta ramai lagi yang menyertai kami setiap hari, kami berasa bahawa inilah waktu yang sesuai untuk menerangkan apa maksud pertumbuhan ini sepanjang kami berusaha untuk membuat kesemua fandom ini lebih mudah untuk navigasi para pengguna.
Tag-tag dalam AO3 adalah dikongsi. Jika dilihat secara berasingan, tag-tag tersebut tiada apa-apa konteks ataupun kaitan dengan mana-mana tag lain. Sebagai contoh, jika anda memasuki tag Chester dalam bidang watak, penyelaras tag tidak dapat menyertakannya dalam penapis untuk tagChester the Dog (Stranger Things) (Chester Si Anjing (Stranger Things)) ataupun Chester Campbell, biarpun sekiranya mereka dapat menentukan siapakah yang anda maksudkan. Tag “Chester” hanya ada satu sahaja, tidak kira berapa banyak kali ia digunakan ataupun jumlah karya di mana ia digunakan.Sesiapa pun dapat tag karya mereka dengan Chester apabila mereka bermaksudkan Chester Si Anjing, tetapi pada akhirnya, mereka mungkin akan berkongsi tag tersebut dengan seorang pengguna lain yang telah pun menggunakan tag Chester tersebut untuk merujuk kepada Chester Campbell.
Penyelaras tag tidak boleh membezakan karya-karya dengan menggunakan tag yang sama—itulah sebab utama para penyelaras mencuba untuk memastikan tag yang boleh ditapis (or ‘kanonikal’) adalah sekhusus yang mungkin. Tag kanonikal yang jelas dan khusus kepada fandom tertentu membantu orang ramai untuk mencari karya-karya berkenaan fandom tersebut, watak-watak, hubungan-hubungan dan ko0nsep-konsep tambahan mengikut keinginan dalam penapis seperti yang mereka harapkan.
Sekiranya anda menemui yang karya anda telah disenaraikan dalam penapis yang lain daripada yang dijangkakan, anda boleh cuba mengedit tag tersebut dalam karya anda untuk menjadi lebih jelas. Sebagai contoh, Penny Parker ialah seorang watak dalam rancangan TVMacGyver, dan juga nama peminat yang biasa digunakan untuk Peter Parker (lebih dikenali sebagai Spider-Man) sebagai seorang wanita. Perbuatan mengetag karya anda mengenai Peter Parker wanita hanya dengan “Penny Parker” dalam bidang watak akan menyebabkan karya anda disenaraikan dalam penapis untuk watak MacGyver tersebut, kerana penyelaras tag tidak dapat mengasingkan penggunaan tag “Penny Parker” untuk watak MacGyver tersebut dengan penggunaan untuk watak Peter Parker wanita. Tidak ideal untuk peminat MacGyver ataupun pemnat Peter Parker wanita!
Untuk memastikan yang karya anda tentang watak Peter Parker wanita muncul dalam penapis untuk Peter Parker, untuk dinikmati oleh peminat Spider-Man yang lain, sebaliknya, pertimbangkan penggunaan tag watak yang telah diubahsuai seperti “Penny Parker (girl!Peter)”. Anda juga boleh menambah tag Female Peter Parker (Peter Parker Wanita) pada ruangan tag tambahan dalam karya anda untuk membantu pengguna lain mencarinya.
Jika ini ialah kali pertama anda menerbit karya dengan tag, anda boleh memeriksa karya-karya apakah yang ada adalam penapisnya? Anda berkemungkinan menemui bahawa salah satu fandom yang lain mengaitkan maksud yang berlainan dengan sebuah tag daripada fandom yang anda kenali dan sayangi.
Bagaimanakah untuk Memanfaatkan Mengetag dengan Sepenuhnya
Pada tahun 2019, para penyelaras tag secara telah menyelaras lebih kurang sejumlah 2.7 juta tag. Penyelaras tag bekerja keras untuk mengaitkan tag-tag anda dan memastikan karya-karya anda mudah dicari supaya pengguna-pengguna lain dapat menikmatinya sebanyak mana anda gemari menghasilkannya.
Berikutan itu, kami ada beberapa patah petua dan cara yang dapat membantu penyelaras tag menyenaraikan karya-karya atau penanda-penanda laman anda dalam penapis-penapis di mana anda inginkan mereka untuk muncul. (Sila elakkan daripada meninggalkan komen pada karya-karya lain untuk meminta pengguna lain berbuat seperti yang berikut – ini adalah untuk karya-karya anda sendiri sahaja!)
Masukkan tag-tag anda dalam kategori tag yang betul apabila menerbit karya anda. Maksudnya, nama-nama fandom disenaraikan dalam bidang Fandoms (Fandom), hubungan-hubungan disenaraikan dalam bidang Relationships (Hubungan), dan nama watak-watak dalam bidang Characters (Watak). Untuk mana-mana tag yang tidak berapa sesuai terletak dalam kategori-kategori tersebut, gunakan Additional Tags (Tag Tambahan).
Sertakan peranan-peranan keci; dalam bidang Tag Tambahan. Jika salah satu fandom, watak, ataupun hubungan hanya merupakan rujukan sepintas lalu dalam karya anda, anda boleh menyertakannya dalam “Tag Tambahan”. Ini termasuk tag-tag seperti Ru Pauls drag race references (Rujukan daripada Ru Paul’s Drag Race), Yagi Toshinori Is Mentioned (Yagi Toshinori Diungkit), and Small Mention of Flynn/Yuri (Ungkitan Seketika Flynn/Yuri). Melalui cara ini, pengguna-pengguna lain dapat tahu yang karya anda tidak berfokuskan Ru Paul’s Drag Race, Yagi Toshinori ataupun Yuri Lowell/Flynn Scifo (salah faham tersebut mungkin akan terjadi jika tag-tag tersebut terletak dalam bidang-bidang fandom, watak atau hubungan tersebut).
Pastikan yang tag-tag anda telah diasingkan dengan betul. Apabila anda memasukkan tag-tag, mereka boleh diasingkan dengan tanda koma ataupun anda boleh menggunakan kekunci “Enter” pada papan kekunci anda. Memandangkan tanda-tanda koma mengasingkan tag-tag dalam pangkalan data tersebut, anda tidak akan dapat menghasilkan tag yang mempunyai tanda koma di dalamnya (sebaliknya, ia akan dipisahkan menjadi dua tag pada tanda koma tersebut). (Harap maklum: tanda koma Bahasa Cina dan Bahasa Jepun mungkin tidak berfungsi sebagai pemisah.)
Pastikan yang setiap tag hanya mengandungi satu konsep (satu fandom, satu watak, sepasang hubungan, satu trop dll.)
Pastikan yang tag-tag boleh berfungsi secara tunggal (maksudnya, tiada konteks tambahan diperlukan untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan tag tersebut). Cuba menggunakan nama penuh watak dalam karya-karya anda, dan jika mereka tiada nama keluarga, pertimbangkan menambah nama fandom tersebut untuk membezakannya daripada watak-watak lain dengan nama diberi yang sama, seperti begini: Undyne (Undertale).
Gunakan bidang Tag Tambahan untuk menyertakan apa-apa tema, genre, trop, squick, pencetus dll. yang anda berasa seorang pengguna ingin mengetahui apabila menentukan sama ada mereka ingin mengakses karya anda atau tidak.
Periksa ejaan dan periksa semula tag-tag anda sebelum menerbit.
Untuk petua berkenaan dengan tag Fiksyen Orang Sebenar (RPF) dan hubungan platonik atau bukan romantik, rujuk kepada nasihat dalam artikel sambutan kami yang lalu atau rujuk kepada FAQ Tag.
Harap maklum bahawa cadangan-cadangan mengetag ini tidak bertujuan untuk menghalang anda daripada mengetag untuk pelbagai jenis topik dengan kreatifnya! Penyelaras tag menggemari tag-tag yang kreatif, dan kadang-kadang kami juga boleh menjadikan konsep-konsep tersebut sebagai kanonikal. Erik Lehnsherr’s Terrible Fashion Sense (Cita Rasa Fesyen Erik Lehnsherr yang Teruk) hanyalah salah satu daripada berbagai-bagai tag yang membuat kami ketawa.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai penyelarasan tag, sila rujuk kepada FAQ Tag. Jika ia tidak dapat menjawab pertanyaan anda, FAQ tersebut turut menerangkan bagaimanakah untuk menghubungi terus dengan penyelaras tag.
Sila elakkan daripada meninggalkan komen pada artikel ini dengan soalan ataupun permintaan mengenai tag-tag yang tertentu. Ia tidak akan dijawab, memandangkan penyelaras tag tidak dapat menjejaki permintaan tersebut dengan mudah dari sini. Sebaliknya, sila gunakan pilihan-pilihan yang disenaraikan di atas untuk menghubungi kami. Terima kasih!