
Organisasi Karya-karya Transformatif (OTW) adalah organisasi bukan keuntungan, yang dikendalikan oleh sukarelawan daripada seluruh dunia. Semua yang kami jana adalah untuk menyokong projek-projek kami. Namun, kami tidak mampu lakukakannya bersendirian. Itulah sebabnya hari ini, seperti yang kami lakukan pada setiap bulan April, kami akan memulakan kempen keahlian yang diadakan dua tahun sekali, dan meminta pengguna kami untuk menyumbang untuk menyokong kerja kami.
Sudah tentu, bulan April ini adalah tidak seperti yang sebelumnya. Dengan keadaan dunia sekarang yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan kami memahami bahawa sesetengah individu yang sebelum ini akan menyumbang kepada OTW mungkin tidak dapat lakukannya buat masa sekarang. Kami mahu meyakinkan anda bahawa dengan kemurahan hati anda sebelum ini dengan titik peluh Jawatankuasa Kewangan kami, kami akan sentiasa bersama anda, tanpa menghiraukan jumlah dana yang kami akan kumpul pada kali ini. Sumbangan anda sekarang akan membantu kami untuk menampung kerja kami pada masa mendatang dan menyokong kami dalam merancang bagaimana untuk berkembang pada masa hadapan.
Sumbangan melambangkan sebuah pelaburan dalam OTW yang lebih daripada sekadar kewangan. Sebarang sumbangan sebanyak US$10 atau lebih akan menjadikan anda layak untuk menjadi ahli OTW untuk tahun hadapan, atau memperbaharui keahlian jika anda telah menderma pada masa lalu. Ahli-ahli boleh mengundi untuk pilihanraya bulan Ogos, untuk menentukan Lembaga Pengarah yang akan menguruskan perkembangan strategik OTW dan untuk membimbing pelan masa hadapan kami.
Seperti biasa, dan terutamanya pada masa sekarang, kami mahu anda tahu bahawa setiap sumbangan yang anda beri kepada komuniti ini adalah sangat dihargai dan penting. Samada anda mencipta hasil karya peminat untuk menghibur dan menaikkan semangat kami, melibatkan diri dengan pereka melalui kudos dan komen, menyumbang kepada merakam sejarah peminat dan budaya, memberi perncerahan kepada kami dengan kertas akademik tentang topik fannish, luangkan masa anda dengan berkerja secara sukarela dengan kami, atau berikan bantuan kewangan kepada semua projek kami, kami bersyukur kerana anda adalah sebahagian dari apa yang kami lakukan!
Sila pertimbangkan menyumbang jika anda mampu, dan bantu kami untuk melakukan yang terbaik untuk menyokong komuniti ini pada hari ini, esok dan hari mendatang. Kita mungkin telah menghabiskan minggu-minggu yang lalu dan juga bulan dalam pengasingan, tetapi dengan penglibatan anda kami tidak berasa keseorangan.
OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.