Menambah Karya ke Koleksi Open Doors

Salah satu tugas utama projek Open Doors OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) ialah mengimport arkib-arkib karya peminat berisiko ke dalam koleksi-koleksi di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Sebagai sebahagian tugas tersebut, Open Doors mencari karya-karya yang telah diterbitkan di AO3 untuk mengelak daripada mengimport dua kali. Sehingga kini, akaun ahli arkib akan menambah karya yang dijumpai ke dalam koleksi arkib dan menanda buku karya tersebut jika jemputan tidak diterima.

Mengikuti perubahan terkini kepada proses jemputan koleksi, para ahli arkib kini mempunyai kuasa untuk menambah secara automatik suatu karya yang dijumpai ke dalam koleksi arkib di AO3.

Ini hanya terpakai ke atas karya-karya yang asalnya dihoskan di arkib yang diimport, dan terhad kepada koleksi arkib sahaja. Para pereka akan menerima notifikasi e-mel apabila suatu karya telah ditambah dan boleh memadam karya mereka daripada koleksi pada bila-bila masa jika mereka inginkan.

Kami cuba menghubungi pencipta semasa setiap proses import arkib untuk bertanya pilihan mereka. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu mana-mana karya anda diimport ke AO3, sila hubungi jawatankuasa Open Doors.

Jika anda mempunyai soalan selanjutnya, sila lawati FAQ Open Doors, atau hubungi jawatankuasa Open Doors.

Kami tidak sabar untuk membantu memelihara lebih banyak lagi karya-karya peminat yang berisiko!

– Kumpulan Open Doors

Penambahan komen pada artikel ini akan dinyahaktif dalam masa 14 hari. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, kebimbangan, atau komen mengenai perkara ini selepas tarikh tersebut, sila hubungi Open Doors.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Open Doors

Comments are closed.