Mempersembahkan Hadiah OTW Baru kepada Ahli-Ahli Lama

Semasa kempen keahlian bulan Oktober lalu, kami telah mengumumkan yang kami sedang mencari jalan untuk meraikan penyokong-penyokong setia OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Kami dengan sukacitanya ingin berkongsi dengan anda hadiah eksklusif baru yang kami hasilkan untuk memperingati keahlian berturut-turut tiga, lima, dan sepuluh tahun!

Sesiapa yang telah menjadi ahli dalam masa sekurang-kurangnya 3 tahun pada penghujung tahun 2020 layak untuk menerima penanda buku OTW serba baru yang direka khas untuk acara ini:

Penanda buku dengan tulisan; "ahli selama 3 tahun" dan logo OTW.
(pilih imej untuk dibesarkan)

Untuk ahli 5 tahun kami, kami telah menyediakan pelekat menarik yang boleh dilekatkan atas mana-mana permukaan, daripada botol air ke komputer riba. Jika anda telah menjadi ahli selama lima tahun, anda layak untuk menerima kedua-dua pelekat dan penanda buku!

Pelekat dengan tulisan; "ahli selama 5 tahun Organization for Transformative Works" " dan logo OTW di tengah.
(pilih imej untuk dibesarkan)

Dan akhir sekali, untuk menandakan keahlian sepuluh tahun, kami mempunyai magnet yang sempurna untuk peti ais atau mana-mana kabinet besi anda. Semestinya, sesiapa yang telah menjadi ahli sekian lama boleh menerima semua ketig-tiga hadiah baru sekaligus!

Magnet dengan tulisan Ahli Organization for Transformative Works selama 10 tahun&quot dan logo OTW.
(pilih imej untuk dibesarkan)

Kami akan mula menghantar hadiah-hadiah ini kepada sesiapa yang layak pada penghujung tahun 2020 pada awal tahun depan, dan sekali setahun untuk seterusnya. Untuk menerima hadiah anda, anda hanya perlu mengesahkan alamat anda! Bila-bila sahaja anda layak untuk menerima hadiah tersebut, kami akan menghantar e-mel meminta anda untuk mengesahkan maklumat penghantaran, jadi sila perhatikan inbox anda! (Sila ingat bahawa jika anda berhenti untuk menerima e-mel dari OTW, anda mungkin tidak akan menerima e-mel dan hadiah anda. Sila hubungi Pembangunan dan Keahlian jika anda mempunyai sebarang soalan.)

Hasil kerja OTW adalah mungkin melalui sumbangan anda, dan kami sangat menghargai semua ahli kami, tidak mengira jika anda cuma menderma sekali, atau telah menyokong kami sejak dari mula. Jika anda ingin menjadi ahli, anda cuma perlu memilih “Yes” (Ya) sebagai balasan kepada soalan “Do you want to be an OTW member? ($10 minimum donation)” (Adakah anda ingin menjadi ahli OTW? (derma minimum $10)) pada borang derma apabila anda membuat derma sebanyak $10 atau lebih. Selain daripada hadiah sambutan untuk menunjukkan penghargaan kami, keahlian OTW juga melayakkan anda untuk mengundi pada pilihan raya Lembaga Pengarah OTW! Jika anda tidak pasti berapa lama anda telah menjadi ahli atau mempunyai sebarang soalan, sila hubungi Pembangunan dan Keahlian.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Announcement

Comments are closed.