Lembaga Pengarah

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) merupakan organisasi yang dikendalikan oleh peminat untuk para peminat lain. Setiap ahli Lembaga Pengarah OTW bergiat aktif dalam fandom-fandom, sama seperti ratusan orang yang berkhidmat untuk jawatankuasa-jawatankuasa dan bekerja sebagai sukarelawan.

Lembaga Pengarah

Kati Eggert bekerja dalam pengurusan projek, terutamanya dalam projek merentas jabatan yang mempunyai fokus pada IT dan pembentukan bahan digital. Sejurus selepas beliau erti membaca, beliau telah jatuh cinta dengan fiksyen sains dan fantasi. Beliau telah menyertai fandom berorganisasi semenjak era zine bercetak dan buletin bulanan kertas setelah beliau menemui iklan bagi sebuah persatuan peminat Star Trek di bahagian belakang sebuah novel. Beliau bersuka hati mengambil bahagian dalam cosplay (persembahan kostum) dan bersukarela di konvensyen, terutamanya di konvensyen-konvensyen kecil yang dikendalikan oleh para peminat. Sementara Kati masih menggemari Star Trek, minat beliau juga telah berkembang merangkumi pelbagai fandom lain dan beliau gemar membaca meta tentang fandom dan hasil-hasil karya peminat (fanworks). Kati telah mengikuti perkembangan OTW semenjak permulaannya pada tahun 2008. Beliau akhirnya telah menyertai Jawatankuasa Polisi & Aduan pada tahun 2015, kemudian Terjemahan (Pasukan Bahasa Jerman) pada tahun 2019.

Natalia Gruber menemui hasil karya fiksyen (fanfiction) yang pertamanya secara tidak sengaja sewaktu menantikan penerbitan buku terakhir Harry Potter, dan beliau memikirkan, buat masa yang amat lama, bahawa hasil karya fiksyen tersebut merupakan idea yang bernas tetapi terpencil. Nasib baik, rentetan daripada peristiwa itu, beliau kemudiannya mendapat tahu bahawa bukan sahaja kisah hasil karya fiksyen tersebut bukan hanyalah satu-satunya yang wujud, malah fandom yang diminatinya itu adalah sebuah komuniti meriah yang penuh dengan pelbagai orang yang mengagumkan dan yang berlimpah dengan hasil karya fiksyen sehingga beliau tidak mampu membaca kesemuanya. Beliau senyap-senyap membaca kebanyakannya hasil karya fiksyen Harry Potter untuk beberapa tahun, sehingga kemudian beliau menyertai fandom Tolkien. Hasil daripada itu, beliau akhirnya mula menerbitkan hasil-hasil karyanya sendiri dan berkawan dengan ramai peminat lain, dan di situlah beliau merasa paling selesa sebagai seorang peminat. Seorang guru Bahasa Inggeris pada siang hari, Nat menyertai OTW pada tahun 2016 sebagai seorang sukarelawan penterjemah Bahasa Portugis Brazil. Beberapa bulan kemudian, beliau menjadi anggota dalam jawatankuasa-jawatankuasa Polisi & Aduan serta Penyelaras Tag, di mana beliau telah menimba pengalaman yang indah dan mempelajari lebih banyak lagi tentang OTW dan struktur kerjanya. Pada akhir tahun 2017, beliau membuat keputusan untuk menyertai jabatan kakitangan Penterjemah, lantas bertanggungjawab untuk menyokong dan membantu para penterjemah dalam kerja mereka, serta melaksanakan berbagai lagi tugas pengurusan dan tugas pengantaraan pelbagai jawatankuasa.

Lex de Leon kini bekerja untuk Kerajaan Amerika Syarikat sebagai pakar teknologi maklumat pengurusan dokumen dan konten, dengan fokus tertentu iaitu rekod pengimportan, penghijrahan dan pendudukan jangka panjang. Beliau bermula dengan menulis karya fanfiction untuk siri Valdemar dan sejak itu telah mengumpul beberapa fandom yang beliau sentiasa ingin bincangkan. Sebagai seorang penyokong femslash yang ghairah tanpa segan, beliau gemar menulis karya fanfiction berdasarkan pengalaman hidupnya dan daya imaginasinya, serta membaca mana-mana hasil karya yang menarik minatnya ataupun yang memaparkan sesuatu pasangan yang disukainya. Secara kebetulannya, lawatan beliau yang pertama ke laman web AO3 berlaku sebaik sahaja pengumuman pembukaan pengrekrutan anggota untuk jabatan Bantuan, dan daripada situ beliau terus membuat permohonan dengan keyakinan yang pengalamannya yang sepanjang sedekad dalam bidang bantuan teknikal dapat menyumbang banyak kepada OTW. Beliau mempercayai dengan kukuhnya akan matlamat OTW dan ingin meneruskan usahanya sehinggalah pada masa akan datang. Entah bagaimana, seorang wanita yang menawan bersetuju untuk berkahwin dengannya dan sentiasa terbuka untuk mendengar idea-idea hasil kerjanya. Pasangan ini kemudiannya membesarkan dua ekor kucing, seekor anjing dan seekor burung tidak terbang yang degil.

Rebecca Sentance telah terlibat dalam fandom selama 15 tahun, bermula di laman Quizilla di mana beliau membaca karya fanfiction berperspektif orang kedua dalam fandom seperti Yu-Gi-Oh!, Inuyasha, Yu Yu Hakusho dan Dragonball Z. Walaupun begitu, hasil karya peminatnya yang pertama ialah sebuah karya fanfiction Enid Blyton yang ditulis olehnya pada umur lima tahun – lama sebelum dapat diimpikan olehnya kewujudan seluruh komuniti dengan orang lain yang menerbit dan membaca karya sebegini dalam Internet.

Beliau menemui AO3 pada tahun 2011 dan secara beransur-ansur mengetahui tentang badan organisasi di sebaliknya dan kepelbagaian projek-projeknya yang lain, melalui usaha beliau dalam mendalami sejarah fandom dan komuniti akademik peminat, serta mempelajari tentang kepentingan memelihara dan membela hasil karya peminat dari setiap lapisan masyarakat. Berikutan minatnya untuk menyertai OTW, kesempatan tersebut tidak tiba di tangannya sehingga pertengahan tahun 2015, sejurus selepas tamatnya pengajian possiswazahnya, apabila beliau terlihat sesuatu artikel menyatakan kekosongan jawatan untuk Pendokumentasian AO3 – cukup sempurna untuk seseorang yang menggemari segala yang berkaitan dengan perkataan banyak.

Beliau pada kemudian harinya berganjak ke dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) dan Fanlore, dan kini beliau menumpukan kebanyakan masanya untuk menjadi sebahagian daripada komuniti peminat-peminat yang menakjubkan. Sepanjang beliau berehat daripada kerja sukarela di OTW, beliau dapat dijumpai bersembunyi dalam berbagai-bagai penjuru fandom Marvel dalam masa yang sama melengah-lengahkan penulisan karya fanfictionnya yang terkini.

Alex Tischer bekerja sebagai seorang doktor haiwan ECC, yang kini berada di UK; beliau telah bergiat dalam fandom sejak sebelum mulanya alaf ini dan telah berhijrah melalui berbagai-bagai fandom yang melebihi apa yang dapat disenaraikan di sini. Beliau telah menjadi seorang ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) semenjak penubuhan OTW dan telah bersukarela untuk sepanjang waktu itu. Selain daripada fandom media, entah bagaimana beliau juga telah mendapati diri beliau bergiat dalam dunia sukan yang aneh dan indah – yang membentuk kumpulan-kumpulan istimewa yang merupai fandom dalam cara-cara yang tidak disangka. Ketika tidak sibuk menangani haiwan peliharaan yang sakit, Alex boleh didapati bergiat dalam kursus serangan, pendakian dan pelarian jejak laluan, hampir sekerap penggunaan media beliau.

Jess White ialah seorang pengguna giat yang menggemari semua perkara berkaitan fandom, dan beliau telah begitu sejak beliau menemui zine bagi Kirk/Spock hasil mak Cik beliau pada tahun awal 90an. Beliau kemudian graduated to mencoret hasil karya fiksyen beliau tersendiri dalam buku nota menggunakan pen berkilauan, kemudian mencipta kandungan pada papan mesej, forum individu fandom, livejournal, dan akhirnya AO3. Jess telah bersukarela dalam OTW untuk selama enam tahun yang lalu, terutamanya dalam Jawatankuasa Polisi & Aduan. Beliau juga telah bekerja bagi waktu yang ringkas dalam Bantuan (untuk selama sekitar dua tahun) dan kini juga bersukarela dengan Fanlore sebagai seorang kakitangan Polisi dan Pentadbiran. Di luar fandom, Jess telah bekerja sebagai seorang guru selama lima belas tahun.

Kirsten Wright (Setiausaha) ialah seorang anggota pasukan Komunikasi OTW. Kirsten mula-mula menyertai OTW pada tahun 2014 berikutan cadangan oleh bekas profesornya. Beliau kini mengendalikan halaman Facebook OTW serta akaun-akaunnya di halaman LiveJournall dan Dreamwidth. Beliau sebelumnya menguruskan perjalanan ketiga-tiga akaun Twitter, Fanlore dan Tumblr OTW. Kirsten mula-mula menemui fandom tersusun pada zaman remajanya dan hidupnya telah berubah sejak itu. Dalam variasi aspek kehidupan, fandom berfungsi sebagai pengajar dan juga sahabat, dan menerusinya juga beliau menemui kerjayanya dalam pengkempenan politik di Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan tabiatnya yang suka menukar-nukar fandom minatnya, tetapi beliau paling banyak menulis karya untuk fandom The Social Network. Genre kegemarannya untuk karya fanfiction ialah genre kehidupan harian. Dalam tempoh seminggu, beliau sememangnya akan membaca lebih daripada sebuah karya fandom yang panjangnya mencecah 200k perkataan.

Pegawai Bukan Pengarah

Yuechiang Luo (Bendahari)

Pengarah-Pengerah Emerita.

Ketahui lebih lanjut tentang Ahli Jawatankuasa kami yang terkini di sini.