Test Suite of Fair Use Vids (Laman Contoh Video Penggunaan Adil)

Laman contoh di bawah ditawarkan sebagai sokongan kepada cadangan pembaharuan Yayasan Frontier Elektronik (EFF) dalam pengecualian DMCA untuk pembuat video bukan komersial, seperti penghasil video. Sila ambil perhatian bahawa video-video ini telah dimampatkan untuk penstriman bagi manfaat penonton video kasual; video-video ini dibuat untuk ditayangkan pada skrin besar dan/atau untuk dimuat turun oleh penonton.

2 Ogos 2012. OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) membalas kepada pameran yang dipersembahkan oleh DVD CCA; baca balasan kami dan lihat set pameran kedua OTW dalam Galeri Imej kedua.

4 Jun 2012. Francesca Coppa, Rebecca Tushnet, dan Tisha Turk memberikan keterangan pada sidang perbicaraan di Perpustakaan Kongres; Turk mempersembahkan pameran yang ditempatkan di dalamGaleri Imej kami.

2 Mac 2012. Rachael Vaughn dan Rebecca Tushnet menghantar Komen Balas bagi pihak OTW (PDF). EFF juga menghantar Komen Balas (PDF) mereka sendiri sebagai sokongan pelbagai pengecualian, termasuk pengecualian untuk Penyunting Bukan Komersial.

1 Disember 2011. Rebecca Tushnet, Rachael Vaughn, dan Francesca Coppa bekerjasama dengan EFF untuk menghantar cadangan untuk memperbaharui dan memperluaskan pengecualian DMCA untuk Penyunting Bukan Komersial (PDF).

26 Julai 2010. Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat memberikan keputusan memihak kepada pengecualian DMCA. OTW mengeluarkan kenyataan sebagai respons kepada keputusan tersebut.

2 Disember 2008. OTW menghantar komen balas sebagai sokongan kepada cadangan EFF untuk pengecualian DMCA untuk membenarkan pengekstrakan klip daripada DVD untuk dimasukkan ke dalam video suntingan semula bukan komersial, seperti fanvids, yang diketahui sebagai penggunaan adil (PDF, atau papar sebagai HTML). Comment of the Electronic Frontier Foundation juga boleh dimuat turun atau dipaparkan sebagai HTML.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sokongan DMCA kami yang berterusan, sila lihat laman Legal Advocacy (Bantuan Guaman).

OTW percaya bahawa karya bukan komersial yang menggunakan bahan yang berhak cipta sedia ada secara kreatif, seperti fanvids, adalah transformatif, dan karya transformatif adalah sah di sisi undang-undang hak cipta Amerika Syarikat.


Penghasil-Penghasil Video Memerlukan Sumber Sedutan Bahan Visual Berkualiti Tinggi Agar Dapat Mengubahsuai Teks

Penghasil-penghasil video selalunya memanipulasi video dengan pelbagai cara: melajukannya, memperlahankannya, mengubah warna, memotong dan zum, mengguna pelbagai efek, mengubah fokus perhatian. Mereka berterusan mencari bahagian visual yang mempunyai kualiti yang paling tinggi, mengetahui bahawa perubahan sebegini akan memberi pulangan visual; jika anda mula dengan bahan visual yang kurang memuaskan, bahan visual tersebut mungkin tidak boleh ditonton.

Di bawah merupakan video dua minit berskrin pisah yang dihasilkan oleh penghasil video dan Jawatankuasa Video dan Multimedia Peminat Tisha Turk; separuh bahagian sebelah kiri di-’rip’, separuh sebelah kanan ditangkap. Bahan visual ini telah diubahsuai dengan satu cara yang ringkas — ia telah diperlahankan, teknik yang paling biasa mungkin digunakan oleh mana-mana penghasil video — pixelation dan kualiti rendah bahan visual yang ditangkap serta merta menjadi ketara. Rakaman yang ditangkap tidak mungkin akan boleh ditonton setelah efek tambahan dimasukkan; seperti kata penghasil-penghasil video, “Garbage In, Garbage Out” (karya sampah yang diambil, hasil sampahlah yang terhasil).

Pergi ke Galeri Imej I dan Galeri Imej II untuk melihat beberapa gambar sebelah-menyebelah yang menunjukkan perbezaan kualiti antara sumber yang di-’rip’ dan ditangkap.

Viddingadalah Penghasilan Artistik dan Kebudayaan Berharga yang Mewakili Komuniti yang Ditubuhkan dan Berkembang.

Women’s Work, oleh Sisabet dan Luminosity

Vids menyunting semula sumber bahan dengan cara memberikan penceritaan baru, selalunya dengan memberi komen atau mengkritik sumber tersebut. “Women’s Work,” oleh Sisabet dan Luminosity, ialah berdasarkan Supernatural, sebuah siri televisyen tentang dua pemburu hantu bersaudara. Namun, video tersebut mengandungi sedikit sahaja aksi protagonis; sebaliknya, ia hanya memaparkan potongan adegan wanita daripada episod yang berbeza-beza dalam siri tersebut, wanita yang ditunjukkan sebagai erotis, menderita, atau dirasuk. Seorang pengulas menggambarkan video tersebut sebagai “tesis kedoktoran dalam misogini ke atas struktur cerita asas, yang tidak diperiksa… video tersebut menunjukkan secara jelas dan mendalam betapa banyaknya cerita yang kita ketahui dan penceritaan semula bergantung kepada penderitaan wanita.” “Women’s Work,” telah dipaparkan dalamNew York Magazine, dan video Luminosity “Vogue” telah dipetik sebagai “hasil video peminat terbaik pada tahun ini” pada 2007.

The Price, oleh Things With Wings

“The Price” merupakan video mengenai “manpain” — satu perkataan yang dicipta oleh peminat untuk memberikan gambaran “kebimbangan lelaki yang terlampau berlebihan dan pentingkan diri.” Manpain memerlukan penonton untuk mengaitkan diri dengan penderitaan protagonis lelaki yang melampau berbanding dengan mangsa sebenar yang berada dalam kesakitan atau keganasan; dalam cerita-cerita sebegini, mangsa-mangsa — kebiasaannya wanita — telah dibentuk sebagai tidak penting dalam penceritaan, atau seperti mana Things With Wings katakan, “manpain adalah mengenai kamera — apabila perkara buruk berlaku, siapakah yang akan mendapat sorotan yang penuh emosi?” Things With Wings menjelaskan dengan lebih lanjut beliau “perlu melahirkan kekecewaan yang dirasakan dengan keadaan tidak munasabah/keadaan teruk trop yang memenatkan DAN dengan reaksi fannish berskala besar yang telah dijangka sepenuhnya (dan selalunya bermasalah)…” Video tersebut ialah kritikan kepada penggunaan manpain dalam media massa dan juga kritikan terhadap penerimaan komuniti peminat terhadap watak-watak lelaki dan penderitaan mereka.

Vidding Mempromosi Kebolehan Teknikal dan Kreativiti.

This is How it Works, oleh Lim

“This is How it Works” dihasilkan hampir frame-by-frame daripada sumber filem, diambil daripada siri televisyen Stargate Atlantis, bukan sahaja dipotong semula tetapi diproses semula secara visual menggunakan perisian penyunting imej. Animasi nombor yang berterusan dihasilkan oleh irama muzik latar belakang; ini merupakan sebahagian daripada mesej video tentang dua sifat watak Rodney McKay, saintis yang ingin menjadi seorang pemuzik. Selepas berkongsi video tersebut, Lim menulis nota yang terperinci mengenai prosesnya, memperincikan langkah demi langkah cara beliau mencipta efek-efek tersebut. “This is How it Works”” memaparkan bukan sahaja kebolehan teknikal tetapi juga kepekaan artistik. Salah satu video Lim yang lain, “Us”, ketika ini sedang berada dalam pameran, Mediated, di Muzium Fotografi California.

Piece of Me, oleh Obsessive24

“Piece of Me” menggabungkan secara terancang dan artistik sedutan DVD yang menarik daripada video-video Britney Spears dan gambar-gambar berkersik penyanyi tersebut (gambar tabloid, video YouTube berbintik secara sengaja) untuk menunjukkan perbandingan antara imej diri penyanyi tersebut yang ditonjolkan dan penceritaan yang menghibakan terhadap eksploitasi, penderitaan dan kejatuhan yang didedahkan oleh tabloid. Lagu “Piece of Me” yang merupakan milik Spears sendiri, bermaksud untuk dibaca sebagai satu cabaran dalam pertarungan: “You want a piece of me?” (Awak mahukan saya?) Tetapi Obsessive24 mendedahkan maksud tersirat perkataan-perkataan tersebut, yang membayangkan keganasan ketika dijatuhkan. Hasilnya ialah penceritaan tragik yang hampir klasik di mana Spears disiat burung hering: keluarganya, Hollywood, media, dan kita sebagai penonton yang hanya memerhati.

Vids Adalah Bentuk Kritikan Kebudayaan yang Sahih dan Tepat Pada Waktunya.

Handlebars, oleh Seah and Margie

“Handlebars” oleh Seah dan Margie merupakan penelitian terhadap watak Doktor dalam Doctor Who, juga ulasan lebih umum mengenai sifat berkuasa dan tanggungjawab. Video ini bermula dengan imej yang menggambarkan sikap aneh Doktor tersebut, dan berkembang melalui aspek yang lebih merbahaya dalam pengembaraannya serta penggunaan kuasanya secara kecil-kecilan, akhirnya berakhir dengan gambaran keganasan dan kehancuran di tangannya (atas nama kebaikan). Doktor merupakan hero eponim kepada siri televisyen tersebut; video itu menjadi kritikan yang sangat lantang terhadap titik-titik buta moral siri tersebut dengan memberikan konteks baru kepada peristiwa-peristiwa yang sudah pernah dilihat oleh penonton. Video tersebut, di mana tingkahlaku Doktor diringkaskan menjadi gambaran yang paling relevan dan bermakna, memberikan kritikan secara mendalam terhadap watak tersebut, terutamanya dalam konteks lirik lagu yang berpadanan: “My cause is noble / my power is pure … And I can do anything with no permission … I can end the planet in a holocaust.” (“Niat saya adalah mulia / kuasa saya adalah suci… Dan saya boleh lakukan apa sahaja tanpa kebenaran… Saya boleh hancurkan bumi ini dalam musnahkan .”

Buffy Vs. Edward, oleh Jonathan McIntosh

Dalam video politikal Jonathan McIntosh yang disunting semula “Buffy Vs. Edward” pontianak lelaki pengintai dari francais Twilight bertemu ikon feminis Buffy the Vampire Slayer. Suntingan semula tahun 2009 ini memperoleh lebih dari 4 juta tontonan dan telah diterjemah ke lebih 30 bahasa. Ia juga telah diberi liputan di dalam saluran media terkemuka seperti NPR, LA Times, Boston Globe, dan Salon.com. McIntosh menggunakan pelbagai sedutan untuk membuat suntingan semula tersebut, termasuk bukan sahaja sedutan DVD standard tetapi juga sedutan filem berdefinisi tinggi yang cukup besar untuk membolehkan beliau untuk mengeluarkan watak-watak lain luar daripada frame (lebih senang untuk membentuk penceritaan realiti yang baru). McIntosh kemudian telah menghasilkan “Right Wing Radio Duck”, sebuah hit yang menjadi viral besar-besaran di mana Donald Duck mendengar hos radio Glenn Beck dan menyertai Parti Teh dengan hasil yang menyedihkan, dan “Too Many Dicks on The Daily Show,” di mana beliau mengkritik bilik penulis Jon Stewart yang didominasi oleh penulis lelaki.

It Depends On What You Pay, oleh Gianduja Kiss

Video Gianduja Kiss pda tahun 2009 “It Depends on What You Pay,” mengkritik siri televisyen terbaru Dollhouse, cerita sains fiksyen di mana sebuah syarikat memadam memori-memori individu (“Dolls”), dan menggantikannya dengan personaliti peribadi yang baru, dan menyewakan mereka untuk kegunaan peribadi, kebiasaannya untuk penggunaan seksual. Walaupun ia bertujuan untuk membuatkan rasa tidak menyenangkan dan premis distopik, ramai peminat wanita merasakan bahawa siri tersebut tidak memahami sepenuhnya bahawa ia adalah mengenai rogol — pemadaman memori menggambarkan kurangnya prinsip asas dalam meminta izin — dan rogol mungkin tidak akan menjadi topik yang menyenangkan kepada peminat-peminat wanita. Dengan menyunting semula siri tersebut menjadi lagu gembira mengenai sorotan adegan rogol yang diambil daripada The Fantasticks (ia sendiri merupakan penanda aras di mana dahulu dianggap sebagai menghiburkan tetapi kini menyinggung perasaan), Gianduja Kiss mempertimbangkan dengan hujah yang meliputi kedua-dua blogosphere dan media arus perdana, memberikan pandangan beliau secara efisien melalui multimedia; seorang blogger feminis menyatakan selepas melihat video tersebut, “Babak rogol dalam Dollhouse jarang sekali dirakam sebagai aksi rogol. Ia adalah babak-babak berpesta, adegan seks pendek, ‘bersetubuh’… Fanvid tersebut perlu menunjukkan betapa teruknya apa yang berlaku… kerana di luar konteks premis cerita itu, tiada apa yang ada dalam kebanyakan adegan untuk menggalakkan penonton untuk memahami kejadian di hadapan mereka selain daripada apa yang dilihat. “Untuk mempertimbangkan perkara ini kerana ia sedang berlaku, Gianduja Kiss terpaksa membuat video tersebut menggunakan sedutan rakaman Amazon Unbox; sedutan rakaman DVD belum boleh didapati pada waktu itu.

Vids Cadang Bacaan Alternatif dan Realiti.

Closer oleh T. Jonesy dan Killa

“Closer” merupakan video Star Trekyang memberahikan pertemuan sengit antara watak Kirk dan Spock. Seperti yang dinyatakan oleh Henry Jenkins dalam perbincangannya tentang “Closer” di How to Watch a Fan-Vid (Bagaimana untuk Menonton Fan-Vid: “karya-karya seperti ini semestinya menterjemahkan siri asal tetapi bukan dari segi yang disetujui oleh kebanyakan guru Sastera. Mereka bukan semata-mata cuba mengetengahkan semula apa yang dimaksudkan penerbit asal. Mereka mencuba untuk meneliti hipotesis, mengemukakan soalan-soalan; bagaimana jika, dan mencadangkan realiti alternatif.” Sememangnya, tajuk pembukaan kepada “Closer” menyoal “Bagaimana jika mereka tidak sampai ke Vulcan tepat pada masanya?” sebelum mencipta senario fiksyen sebagai jawapan kepada soalan tersebut. Ia menarik persamaan antara keganasan seksual dan kesalahan membaca minda serta mencerminkan beberapa tema yang lebih kontroversi dalam fiksyen ditulis oleh peminat Star Trek tentang episod “Amok Time” selama beberapa dekad.

“White” and Nerdy oleh talitha78

Penghasil video “White” and Nerdy, talitha78 membalas sebuah siri perdebatan dalam talian mengenai kaum dalam budaya popular dengan mencipta video memfokuskan pada Gus, watak Afrika-Amerika dalam rancangan TV Psych. Seperti yang dijelaskan oleh talitha78, “melakukannya bersama menjadi satu cara untuk mengatasi masalah saya mengenai [perbahasan peminat tentang kaum yang dikenali sebagai] RaceFail 2009. Seperti Gus, saya ialah seorang ’nerd’ dengan kulit berwarna di mana ia selalu dikaitkan dengan berkulit putih. Dengan video ini, saya mahu menukar stereotaip tersebut…. ” “‘White’ dan Nerdy” justeru menjadikan ketaraan antara kaum kelihatan, menunjukkan bagaimana ’nerd’ berkulit hitam diabaikan kerana mereka tidak menepati stereotaip tentang seorang kulit hitam atau budaya nerd/geek.

The Test oleh here’s luck

“The Test” menggabungkan beberapa klip daripada wayang but semula tahun 2009 Star Trek dengan klip daripada siri TV Star Trek asal untuk menggambarkan cerita yang sudah diterima pakai dalam hasil fiksyen peminat pada masa itu: dalam wayang but semula, apabila Spock Prime memindahkan memori kemusnahan Romulus kepada Kirk, dia juga secara tidak sengaja memindahkan memori peristiwa-peristiwa daripada siri asal, termasuk memori cinta atau penglibatan antara dirinya dan Kirk dari garis masanya. Penghasil video here’s luck menggunakan kesan khas untuk menunjukkan perbezaan antara peristiwa dan memori semasa, untuk memberitahu bahawa imej-imej daripada siri asal muncul secara kabur dan mungkin tidak disengajakan, untuk melahirkan suasana romantik dan cinta dalam imej-imej tersebut, dan untuk membina satu penceritaan di mana memori Spock Prime terus wujud dan memasuki sepanjang kesedaran Kirk pada wayang tahun 2009 tersebut. (Baca komentari tambahan mengenai video tersebut.)