Dr. Seuss lwn ComicMix
- Amicus Brief, Dr. Seuss lwn ComicMix (PDF); diserahkan pada Oktober 2019.
Pada bulan Oktober 2019, Penasihat Peguaman OTW bergabung dengan sekutu termasuk EFF, Pengetahuan Awam, Prof Francesca Coppa, dan penulis Star Trek untuk memfailkan ringkasan mengenai kes Dr. Seuss lwn ComicMix. Kes ini melibatkan buku “Oh, The Places You’ll Boldly Go,” susunan Dr. Seuss dan Star Trek. Ringkasan ini membincangkan nilai sosial dan artistik penghasilan mashup dan remix dan menjelaskan mengapa mashup seperti yang dihasilkan sering kali membentuk penggunaan wajar bahan dasarnya.
Smith lwn Drake
- Amicus Brief, Smith lwn Drake (PDF); diserahkan pada Julai 2019.
Pada bulan Julai, 2019, Penasihat Peguaman OTW bergabung dengan sekutu untuk memfailkan amikus ringkas dalam kes Smith lwn Drake, berkenaan penggunaan Drake sebagai pemuzik dari sampel perkataan yang digunakan dalam lagu rap. OTW berpendapat bahawa penggunaan tersebut harus dianggap transformatif di bawah usul penggunaan wajar apabila menggunakan karya yang berasas untuk menyampaikan makna atau mesej yang berbeza daripada karya yang berdasar, dan tidak perlu memberikan kritikan atau komen secara langsung. OTW juga berpendapat bahawa penggunaan transformatif sejumlah besar bahan sumber dibenarkan secara sah berdasarkan usul penggunaan wajar.
Star Athletica lwn Varsity Brands
- Ringkas Amicus, Star Athletica lwn Varsity Brands (PDF); diserahkan pada 21 Julai 2016.
Dalam ringkasan ini yang difailkan dengan Mahkamah Agung Amerika Syarikat, OTW bersekutu di Public Knowledge dan beberapa kumpulan lain, yang mewakili kebimbangan pereka kostum, penjahit di rumah, perpustakaan dan percetakan 3D, untuk mempertikaikan bahawa undang-undang hak cipta tidak perlu diperluaskan untuk meliputi reka bentuk pakaian. Kes ini melibatkan pertikaian hak cipta mengenai reka bentuk pakaian seragam sorak, tetapi mempunyai implikasi yang lebih luas untuk reka bentuk pakaian dan perindustrian. Ada yang berpendapat bahawa kes itu juga boleh memberi impak kepada kosplay dan usaha kostum peminat yang sama. Oleh sebab itu, OTW telah memfailkan ringkas ini. Tidak kira hasil kes tersebut, OTW percaya bahawa kosplay masih akan dibenarkan di bawah undang-undang. Namun begitu, seperti yang dijelaskan dalam ringkas, perlindungan hak cipta yang diperluaskan akan menghantar mesej bahawa kosplayer dan peminat kostum lain bahawa mereka “lebih kurang dialu-alukan ke meja kreativiti daripada mereka yang lain yang mampu menaruh harga dan kos urus niaga lesen hak cipta,” yang tidak selaras dengan matlamat undang-undang hak cipta.
Stephanie Lenz, lwn Universal Music Corp., Universal Music Publishing, Inc., dan Universal Music Publishing Group
- Ringkas Amicus, Lenz lwn Universal (PDF); diserahkan pada 15 September 2016.
Pada 15 September 2016, OTW bekerjasama dengan Public Knowledge untuk memfailkan ringkas amicus yang menyokong petisyen Stephanie Lenz untuk meminta Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk mengkaji semula kes tersebut. OTW berhujah bahawa membenarkan keputusan Mahkamah Rayuan Kesembilan untuk bertahan akan meredakan kebebasan bersuara di Internet, dan menjemput penapisan dengan membenarkan pemilik hak cipta menghantar notis pemberhentian DMCA (DMCA takedown notices) berdasarkan hanya “kepercayaan niat baik yang subjektif” bahawa suatu karya tidak merupakan penggunaan adil.
- Ringkas Amicus, Lenz lwn Universal (PDF); diserahkan pada 30 Oktober 2015.
Dalam ringkasan ini, kami berhujah bahawa Mahkamah Rayuan Kesembilan Amerika Syarikat telah menetapkan standard yang terlalu rendah apabila ia memerlukan pemilik hak cipta yang menghantar notis pemberhentian DMCA untuk hanya mempunyai kepercayaan “niat baik objektif” bahawa karya yang dimaksudkan melanggar hak cipta dan tidak merupakan penggunaan adil. Kami berhujah untuk memohon standard “niat baik objektif,” yang memerlukan pemilik hak cipta untuk memberikan pertimbangan yang bermakna kepada penggunaan adil sebelum mengeluarkan notis pemberhentian.
- Ringkas Amicus, Lenz lwn Universal (PDF) diserahkan pada 13 Disember 2013.
OTW bekerjasama dengan Public Knowledge dan International Documentary Association, dan diwakili oleh Stanford Fair Use Project, untuk menyampaikan ringkas ini. Ia menjelaskan bahawa tuduhan pelanggaran hak cipta yang tidak berasas membahayakan penggunaan adil dan kebebasan bersuara dengan mendokumenkan penyalahgunaan notis DMCA yang berterusan. Undang-undang ini menghendaki pengirim suatu notis pemberhentian untuk mengesahkan di bawah penalti sumpah bohong bahawa penggunaan itu tidak “dikuasakan oleh undang-undang.” Undang-undang ini juga menghukum salah nyata. Kami berhujah bahawa hasil ini, undang-undang ini menghendaki pemegang hak cipta untuk memberi kepercayaan niat baik tentang sama ada penggunaan adalah adil atau tidak, sebelum mengeluarkan notis DMCA. Undang-undang ini juga harus menghukum mereka yang mengambil pendekatan “tembak dahulu dan tanya kemudian” sepertimana dilakukan oleh Universal terhadap video Lenz.
Capitol Records lwn Vimeo
- Ringkas Amicus, Capitol Records lwn Vimeo (PDF); diserahkan pada 30 Julai 2014.
OTW bekerjasama dengan Center for Democracy and Technology, New Media Rights, Electronic Frontier Foundation, dan Public Knowledge untuk memfailkan ringkas yang meminta mahkamah rayuan persekutuan untuk menghalang percubaan label rakaman untuk menggagalkan undang-undang persekutuan di Capitol v. Vimeo—sebuah kes yang mampu menjejaskan kebebasan bersuara dan berinovasi, serta laman yang mengehos kedua-duanya. Khususnya, mahkamah sedang membicarakan apa yang membentuk pengetahuan “bendera merah” (red flag) tentang bahan yang melanggar hak cipta, yang memerlukan perkhidmatan pengehosan untuk menghapuskan bahan tersebut walaupun tidak menerima notis pemberhentian. Dalam ringkas ini, OTW dan sekutunya berhujah, di antara perkara lain, bahawa standard yang ditetapkan oleh mahkamah perbicaraan akan meletakkan tuntutan yang terlebih ke atas laman yang mengehos kandungan pengguna, dan akan meredakan kebebasan bersuara berharga yang dilindungi oleh doktrin penggunaan adil.
Cindy Lee Garcia lwn Google, Inc.,YouTubeLLC, et al., dan Nakoula Basseley Nakoula
- Ringkas Amicus, Garcia lwn Google (PDF); diserahkan pada 5 November 2014.
Pada 12 November 2014, mahkamah memutuskan bahawa keputusan terdahulu itu tidak sah, dan memerintahkan kes itu didengar semula oleh seluruh mahkamah—bukan oleh panel tiga hakim sahaja—pada bulan Disember. OTW memfailkan ringkas Amicus baharu dalam kes ini, memperluaskan hujah-hujah yang kami telah buat dalam ringkas asal kami.
- Ringkas Amicus, Garcia lwn Google (PDF); diserahkan pada 14 April 2014.
OTW bekerjasama dengan Floor64 (pengendali TechDirt) untuk memfailkan ringkas meminta mahkamah untuk menimbang semula keputusannya, dengan melihat bahawa walaupun keputusan itu mampu membentuk hasil fakta yang baik dalam kes ini, ia merupakan undang-undang yang teruk yang akan membahayakan kebebasan bersuara di Internet. Kes ini melibatkan skop dan penggunaan peruntukan perlindungan selamat (safe harbor provisions) DMCA, dan seksyen 230 Akta Kesopanan Komunikasi (Communications Decency Act), yang bersama-sama menghalang hos kandungan—seperti YouTube, AO3, dan lain-lain lagi—daripada bertanggungjawab terhadap apa yang disiarkan oleh pengguna mereka.
Fox Broadcasting Company, Inc., Twentieth Century Fox Film Corp., dan Fox Television Holdings lwn Dish Network L.L.C. dan Dish Network Corporation
- Ringkas Amici Brief, Dish lwn ABC (PDF); diserahkan pada 24 Januari 2014.
- Ringkas Amicus, Fox lwn DISH (PDF); diserahkan pada 24 Januari 2013.
OTW mengemukakan ringkas amicus, yang disertai oleh Electronic Frontier Foundation dan Public Knowledge mempertikaikan bahawa “Undang-undang hak cipta tidak memberikan pemegang hak cipta seperti Fox kawalan mutlak terhadap penggunaan karya mereka. Mahkamah daerah mengikuti duluan jelas dan polisi baik apabila mendapati bahawa pengguna Dish’s Ad Hopper tidak melanggar hak eksklusif Fox, bahawa Dish tidak mungkin bertanggungjawab terhadap kegunaan pelanggannya, dan Fox tidak mengalami sebarang kemudaratan yang tidak dapat diperbaiki. Mahkamah ini harus mengesahkan perintah mahkamah daerah, tetapi menjelaskan bahawa penyalinan perantaraan Dish adalah penggunaan adil. ”
Salinger v. Colting
- Ringkas Amicus, Salinger v. Colting (PDF); diserahkan pada 3 Ogos 2009.
OTW diminta untuk bekerjasama dengan American Library Association, Association of Research Libraries, Association of College and Research Libraries, dan Right to Write Fund pada ringkas amicus dalam kes Salinger/60 Tahun Kemudian. Rebecca Tushnet dan Casey Fiesler dari OTW bekerjasama dengan peguam dari Center for the Internet and Society Stanford dan UC Berkeley School of Law untuk menghasilkan ringkas ini.