Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta mengenai pengecualian DMCA untuk pereka remix bukan komersial, 2017-2018
- Komen Panjang Mengenai Pengecualian yang Dicadangkan Di Bawah 17 U.S.C. Seksyen 1201 (PDF), diserahkan pada 14 Mac 2018
- Komen Panjang Mengenai Pengecualian yang Dicadangkan Di Bawah 17 U.S.C. Seksyen 1201 (PDF), diserahkan pada 14 Mac 2018
- Komen Panjang Mengenai Pengecualian yang Dicadangkan Bawah 17 U.S.C. Seksyen 1201 (PDF), diserahkan pada 18 Disember 2017
- Komen Panjang Mengenai Pengecualian yang Dicadangkan Bawah 17 U.S.C. Seksyen 1201 [2] (PDF), diserahkan pada 18 Disember 2017
- Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta A.S. untuk Membaharui Pengecualian DMCA (PDF), diserahkan pada 30 Julai 2017
Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta mengenai pengecualian DMCA untuk pereka remix bukan komersial, 2014-2015
- Balasan Electronic Frontier Foundation dan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) kepada Soalan Pejabat Hak Cipta tentang Cadangan Kelas 7, Jun 3, 2015 (PDF); diserahkan pada Jun 2015
- Dalam hal Pengecualian terhadap Larangan Pemintasan Sistem Perlindungan Hak Cipta untuk Teknologi Kawalan Akses Di Bawah 17 U.S.C. 1201 (PDF); diserahkan pada Mei 2015
Guaman OTW, bersama dengan Electronic Frontier Foundation (EFF), telah memfailkan balasan komen membantah tuntutan bahawa pereka video peminat sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan sumber-sumber yang berkualiti tinggi.
- Komen-Komen Electronic Frontier Foundation dan OTW (PDF); diserahkan pada 6 Februari 2015
- Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta A.S. untuk Membaharui Pengecualian DMCA (PDF); diserahkan pada 3 November 2014.
- Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta A.S. untuk Membaharui dan Memperluaskan Pengecualian DMCA (PDF); diserahkan pada 3 November 2014.
OTW, bersama dengan Electronic Frontier Foundation, telah memfailkan dua permintaan pengecualian dengan Pejabat Hak Cipta A.S.. Petisyen-petisyen ini berniat untuk mendapat pengecualian di mana OTW telah membantu menjamin pada 2009 dan 2012, yang membenarkan vidder memecahkan penyulitan pada kandungan audiovisual yang disediakan melalui DVD dan perkhidmatan pengedaran online untuk tujuan membuat vid bukan komersial dan transformatif. Selain daripada tambahan pembaharuan pengecualian tersebut, petisyen OTW juga bertujuan untuk mengembangkan pengecualian tersebut untuk memasukkan cakera Blu-Ray.
Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta untuk Membaharui Pengecualian DMCA untuk pereka remix bukan komersial, 2011-2012
- Komen oleh Electronic Frontier Foundation (PDF), diserahkan pada 2 Disember 2011. Ahli-ahli OTW Rebecca Tushnet, Rachael Vaughn, dan Francesca Coppa bekerja dengan EFF untuk menyerahkan cadangan untuk membaharui dan memperluaskan pengecualian DMCA untuk Remixer Bukan Komersial.
- Balasan Komen bagi pihak OTW (PDF), dalam menyokong pengecualian DMCA yang dicadangkan oleh EFF untuk vidder dan artis remix lain; diserahkan pada 2 Mac 2012. Kakitangan OTW Guaman Rachael Vaughn dan Rebecca Tushnet bekerja dengan ahli-ahli Guaman dan vidding untuk mengemukakan Balasan dalam menyokong cadangan EFF; pihak EFF juga menyerahkan Balasan Komen (PDF) mereka sendiri untuk menyokong pelbagai pengecualian, termasuk pengecualian untuk Remixer Bukan Komersial.
- Suite Ujian Video Penggunaan Adil yang diulang kaji termasuk perbandingan antara rakaman DVD-ripped dan rakaman skrin.
- Francesca Coppa, Rebecca Tushnet, dan Tisha Turk mempersaksikannya di depan Perpustakaan Congress pada 4 Jun 2012; Tisha Turk membentangkan pameran di Galeri Imej pertama kami yang menunjukkan perbezaan kualiti antara sumber DVD-ripped dan rakaman skrin.
- Balasan kepada DVD yang dipamerkan oleh CCA yang menyokong rakaman skrin, diserahkan pada 2 Ogos 2012; lihat set pameran OTW kedua dalam Galeri Imej Kedua kami.
Petisyen kepada Pejabat Hak Cipta mengenai pengecualian DMCA untuk pereka remix bukan komersial, 2008-2009
- Komen oleh Electronic Frontier Foundation (PDF, atau papar sebagai HTML); diserahkan pada 2 Disember 2008.
EFF telah memohon kepada Perpustakaan Kongres untuk pengecualian DMCA yang membenarkan pengambilan klip daripada DVD untuk dimasukkan ke dalam video remix bukan komersial, seperti fanvid, yang merupakan penggunaan adil. OTW (dan ramai pereka vid) membantu dalam penyediaan permohonan ini.
- Balasan Komen OTW , (PDF, atau papar sebagai HTML) menyokong pengecualian DMCA yang dicadangkan oleh EFF untuk vidder dan artis remix lain; diserahkan 2 Februari 2009.
OTW telah mengemukakan sebuah balasan komen untuk menyokong pengecualian DMCA yang dicadangkan oleh EFF untuk vidder dan artis video remix bukan komersial yang lain.
- Balasan OTW Kepada Soalan Tambahan re: DVD Dan Rakaman Skrin Jun 22 (PDF, atau buka sebagai HTML); diserahkan pada 10 Julai 2009.
Pada 22 Jun, Pejabat Hak Cipta membuat permintaan untuk maklumat lanjut dari OTW dan organisasi lain yang memberi keterangan semasa Pembicaraan DMCA Anti-Pemintasan pada 6-8 Mei. (Pembicaraan ini direka untuk melayan kesaksian yang memihak kepada dan melawan pengecualian DMCA untuk pendidik yang bukan sahaja profesor pengajian filem (termasuk guru-guru K-12), pembuat filem dokumentari, dan vidder dan artis remix bukan komersial yang lain.) Soalan-soalan tambahan ini adalah mengenai DVD dan perisian rakaman skrin.
- Balasan Penyokong Bersama kepada Soalan Tambahan 21 Ogos Mengenai Cadangan Pengecualian DMCA Berkaitan DVD (PDF, atau buka sebagai HTML); diserahkan pada 8 September 2009.
Pejabat Hak Cipta menghantar set soalan tambahan pada 22 Ogos 2009. OTW bekerjasama dengan Electronic Frontier Foundation, beberapa persatuan perpustakaan (ALA, AALL, ARL, ACRL), profesor kajian filem dan media, dan pembuat filem dokumentari dan organisasi mereka, untuk menghasilkan jawapan bersama. Kami juga menulis maklum balas berasingan dengan EFF khusus dalam menangani keperluan khusus vidder dan artis remix lain; lihat di bawah.
- Balasan OTW & EFF Kepada Soalan Tambahan, Khusus Kepada Pereka Video Remix Bukan Komersial, 21 Ogos (PDF, atau papar sebagai HTML); diserahkan pada 8 September 2009.
- A Suite Ujian Video Penggunaan Adil: Beberapa video peminat dengan ulasan yang ditawarkan untuk menyokong cadangan kami untuk pengecualian DMCA untuk remixer bukan komersial.