Komen Polisi dan Surat

Surat Kesepakatan Bertarikh Julai 2019 kepada Senat USA Berkenaan Akta CASE (Penguatkuasaan Alternatif dalam Penuntutan Hak Cipta Kecil)

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah berganding bahu untuk menentang Akta CASE tersebut, yang mampu menubuhkan tribunal Hak Cipta yang dapat mengenakan penalti yang mencecah US$30,000 ke atas pihak yang didakwa melanggar undang-undang tersebut tanpa prosedur yang sewajarnya.

Pernyataan Kesepakatan Bertarikh Julai 2019 Berkenaan Prinsip Seksyen 230 Akta Peradaban Berkomunikasi

Penasihat Peguaman telah berpakat dengan sekumpulan ahli pakatan dan pakar-pakar untuk menyampaikan sebuah pernyataan kesepakatan untuk prinsip-prinsip mengenai Seksyen 230 Akta Adab Berkomunikasi USA yang melindungi platform-platform dalam Internet.

Komen April 2019 kepada Parlimen New Zealand sebagai Sebahagian Daripada Ulasan Lazim New Zealand ke atas Akta Hak Ciptanya

Pada bulan April 2019, Penasihat Peguaman OTW telah menyampaikan komen berikutan permintaan New Zealand sebagai sebahagian daripada ulasan lazim ke atas Akta Hak Ciptanya. OTW bergantung kepada testimoni yang berpengaruh daripada peminat di New Zealand dalam usaha menunjukkan kepelbagaian nilai sosial dan kebudayaan yang membenarkan dan menggalakkan penghasilan karya-karya transformatif, bersertakan pendapat bahawa negara New Zealand sepatutnya mengekalkan dan mengembangkan polisi yang adil dan saksama untuk memajukan polisi-polisi tersebut.
Komen Mac 2019 kepada Pejabat Hak Cipta USA mengenai Akta Pemodenan Muzik

Pada Mac 2019, Penasihat Peguaman OTW mengemukakan sebuah respons kepada Notis Cadangan Membuat Pengaturan oleh Pejabat Hak Cipta USA mengenai maksud penggunaan “bukan komersial” seperti yang dicadangkan oleh Akta Pemodenan Muzik yang baru-baru ini (“MMA”). OTW berhujah, antara lain, bahawa definisi kegunaan komersial untuk tujuan MMA harus menumpukan perhatian kepada penggunaan khusus dan bukan kepada pengguna, harus menganalisis segi komersil berdasarkan pencarian keuntungan oleh pengguna dan bukan oleh platform atau web host mereka menggunakan, dan harus membezakan antara “komersial” dan “keuntungan” bukan komersial.

Komen Jun 2018 kepada Parlimen Kanada sebagai sebahagian daripada ulasan konsisten Kanada mengenai Akta Hak Cipta Kanada

Pada Jun 2018, Penasihat Peguaman OTW mengemukakan komen kepada Parlimen Kanada sebagai sebahagian daripada ulasan konsisten mengenai Akta Hak Cipta Kanada. OTW menggunakan pernyataan daripada peminat dari Kanada untuk menegaskan bahawa pengecualian Pengendalian Adil dan Kandungan Ciptaan Pengguna Kanada adalah efektif dan berfaedah dari segi sosial.
Komen Jun 2017 kepada Wakil Perdagangan USA mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara

Apabila Wakil Perdagangan USA (USTR) memulakan proses untuk berunding semula Perjanjian Perdagangan Terbuka Amerika Utara (NAFTA), Penasihat Peguaman OTW mendesak untuk proses perundingan yang telus dan terbuka dan menekankan kepentingan untuk memasukkan sekali pengecualian dan had seperti penggunaan adil dalam peruntukan yang berkaitan dengan perlindungan harta intelektual.

Komen Mac 2017 kepada Pejabat Hak Cipta mengenai Hak Moral Atribusi dan Integriti

Pada Mac 30 2017, Penasihat Peguaman OTW mengemukakan respons kepada permintaan Pejabat Hak Cipta USA untuk pendapat mengenai walaupun USA patut menambahkan undang-undang tambahan yang memerlukan penulis untuk dikenal pasti bersama dengan karya mereka (dikenali sebagai hak “pembahagian”) dan memerlukan kebenaran penulis untuk membuat perubahan kepada karya dihak cipta (dikenali sebagai hak “integriti”). Hak-hak ini dikenali sebagai “hak moral” secara kolektifnya. OTW membantah bahawa hak integriti akan menjejaskan kebebasan mencipta, dan walaupun norma pembahagian secara am selalunya berfaedah dan menjadi kebiasaan dalam komuniti peminat, hak ini tidak patut diberikan kuasa undang-undang. Sebaliknya, hak pembahagian dilindungi di bawah undang-undang kontrak, hak undang-undang tambahan adalah tidak sesuai bagi sesuatu ciptaan yang kolektif dan berurutan, dan variasi luas bagi norma pembahagian dalam komuniti berbeza (sebagai contoh, fandom, akademik, penghasilan filem, dan pengiklanan) menunjukkan bahawa komuniti individu patut diberikan kebenaran untuk menentukan bagaimana dan bila pembahagian adalah paling baik untuk dicapai.

Komen Susulan Februari 2017 kepada Pejabat Hak Cipta mengenai DMCA Seksyen 512

Sebagai susulan kepada komen Mac 2016 kami, Penasihat Peguaman OTW menjawab soalan daripada Pejabat Hak Cipta mengenai peruntukan notis-dan-menjatuhkan dalam Seksyen 512, Akta Hak Cipta Milenium Digital. Selain itu, OTW bertindak daripada pengalamannya mengendalikan Arkib Milik Kita dan pengalaman ahlinya dalam mengurus dengan notis penjatuhan untuk menyerlahkan cara di mana sistem semasa beroperasi dengan baik dan cara sistem semasa boleh ditambah baik.

Komen Oktober 2016 kepada Singapura

Pada Oktober 23 2016, Penasihat Peguaman OTW mengemukakan komen kepada kerajaan Singapura sebagai respons kepada Perundingan Awam mengenai cadangan perubahan kepada rejim hak cipta Singapura. Kami menekankan faedah bagi rejim hak cipta yang seimbang dengan doktrin penggunaan adil yang wajar dan membenarkan penciptaan karya-karya transformatif bukan komersial tanpa keizinan, serta mencadangkan pengecualian “kandungan ciptaan pengguna” daripada perlindungan hak cipta bagi meningkatkan penggunaan adil. Dari pengalaman kami dalam memperolehi pengecualian vidding bagi peruntukan “anti-pemintasan” DMCA, kami telah membincangkan cadangan Singapura mengenai “langkah perlindungan teknikal” bagi karya dihak cipta. Kami juga telah menggesa Singapura bagi mengamalkan peraturan konsisten dan mudah bagi tempoh perlindungan hak cipta, membincangkan faedah dan keburukan dalam memberikan penulis hak pembahagian, dan juga membincangkan cadangan semasa berurus dengan karya yatim yang mana pemilik hak ciptanya tidak mudah dikenalpasti.

Komen Jun 2016 kepada Pejabat Hak Cipta USA

Pada 24 Jun 2016, OTW bersama dengan EFF dan Profesor Eric Goldman telah mengemukakan komen kepada Pejabat Hak Cipta USA sebagai respons kepada Notis Cadangan Pembuatan Peraturan yang akan menyebabkan laman yang bergantung kepada safe harbor DMCA—seperti Arkib Milik Kita—untuk memperbaharui pendaftaran mereka setiap tiga tahun. Kami membalas bahawa keperluan baharu ini boleh memberi kesan terhadap pembekal perkhidmatan kecil dan mendedahkan mereka kepada risiko untuk kesilapan kecil.

Komen Jun 2016 kepada Komisen Eropah

Komen April 2016 kepada Komisen Eropah

OTW menjelaskan bahawa walaupun sistem notis-dan-menjatuhkan telah dicipta untuk menjadikan penguatkuasaan harta intelektual lebih cepat dan murah, ia adalah “penting bahawa simpanan ini tidak diperolehi daripada penindasan ulasan tidak melanggar hak cipta.” OTW juga telah menggesa pihak Komisen untuk mengiktiraf bahawa inovasi dan kreativiti yang signifikan boleh wujud dari sektor bukan komersial, dan supaya tidak mereka peraturan yang hanya boleh dipatuhi oleh syarikat besar.

Komen Mac 2016 kepada Pejabat Hak Cipta mengenai DMCA Seksyen 512

Sebagai respons kepada permintaan Pejabat Hak Cipta USA, Penasihat Peguaman OTW memberi komen mengenai peruntukan notis-dan-menjatuhkan dalam Seksyen 512, Akta Hak Cipta Milenium Digital. OTW membantah bahawa undang-undang tidak selalunya sempurna, namun ia menyediakan rangka kerja penting yang membolehkan kreativiti online untuk berkembang maju. Ini telah memberi peringatan kepada Pejabat Hak Cipta bahawa banyak entiti yang bergantung kepada DMCA, seperti Arkib Milik Kita dipunyai OTW, adalah kecil dan menjalankan semakan tangan individu bagi setiap notis menjatuhkan, dan tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk memantau setiap kandungan ciptaan pengguna jika mereka melanggar hak cipta. OTW juga telah menekankan kepentingan mekanisme untuk mengelakkan dan mendenda notis menjatuhkan yang tidak betul, dan mengenalpasti cara-cara di mana sistem notifikasi balas semasa adalah tidak cukup untuk melindungi pengguna yang mengamalkan pengunaan adil dan kebebasan mencipta.

strong>Komen kepada Pejabat Hak Cipta USA

Sebagai respons kepada permintaan Pejabat Hak Cipta USA untuk memperoleh pendapat, Penasihat Peguaman OTW membantah bahawa seksyen 1201, Akta Hak Cipta Milenium Digital adalah terlalu kabur dan menghalang pengguna daripada mengatasi masalah perlindungan teknologi terhadap kandungan dihak cipta. Hal ini menjejaskan ciptaan berharga dan inovasi walaupun jika tujuannya tidak melanggar hak cipta, seperti penggunaan adil. Kami juga berhujah bahawa prosedur pembuatan peraturan setiap tiga tahun, di mana kami telah berjaya memperolehi pengecualian bagi penghasil video, adalah amat merumitkan dan kami telah memberikan cadangan konkrit untuk penambahbaikan.

Komen kepada Komisen Eropah

Pada Disember 2015, Penasihat Peguaman OTW telah mengemukakan komen sebagai respons kepada permintaan Komisen Eropah untuk komen-komen mengenai platform atas talian, perantaraan atas talian, dan cloud computing. Komen OTW menekankan bahayanya menetapkan pengawal seliaan berdasarkan tanggapan palsu bahawa setiap platform dan perantaraan atas talian adalah entiti komersial besar seperti Google dan eBay.

Komen kepada Penyelaras Penguatkuasaan Harta Intelek USA

Pada 16 Oktober 2015, OTW telah mengemukakan komen bersama dengan Public Knowledge kepada Penyelaras Penguatkuasaan Harta Intelek USA sebagai respons kepada permintaan pejabat tersebut untuk memberi komen mengenai rancangan penguatkuasaan harta intelek. OTW telah memberi cadangan yang spesifik dan menekankan kepentingan mempertimbangkan kepentingan orang awam pada skala besar, termasuklah pengguna yang mungkin terkesan oleh penguatkuasaan undang-undang harta intelektual yang terlalu ketat.

Komen OTW kepada Kerajaan Afrika Selatan

Sehubungan dengan proses pembaharuan hak cipta kerajaan Afrika Selatan, OTW telah mengemukakan komen menyokong tindakan kerajaan Afrika Selatan dalam menggunakan standard penggunaan adil untuk menggantikan pengecualian dalam undang-undang hak ciptanya yang lama dan tidak lagi serasi. Seperti yang dinyatakan oleh OTW dalam komennya, kami percaya bahawa ia adalah penting untuk “memastikan kerajaan menyedari kekayaan dan kepentingan komuniti remix bukan komersial dan karya ciptaan mereka, di Afrika Selatan dan di semua tempat. Kajian empirikal telah menunjukkan bahawa budaya remix adalah fenomena global.”

Surat kepada Kongress USA

Penasihat Peguaman OTW
telah menyertai pakatan organisasi, akademik, dan pakar undang-undang dalam menghantar surat kepada Kongres USA mengenai kepentingan ‘sistem hak cipta seimbang yang memberi manfaat kepada pencipta dan pengguna’ dan menggalakkan kebebasan mencipta.

Pengemukaan kepada Kertas Perbincangan Pelanggaran Hak Cipta Atas Talian Kerajaan Australia

Penasihat Peguaman OTW, bersama dengan Creative Commons Australia, telah memasukkan serahan kepada Kertas Perbincangan Pelanggaran Hak Cipta Atas Talian Kerajaan Australia pada 5 September 2014, menyatakan tidak setuju dengan cadangan kerajaan. Cadangan tersebut telah menambahkan maksud liabiliti “pemberian kuasa” bagi pembekal servis internet. Ini bermaksud bahawa walaupun mereka tidak boleh menghentikan pelanggaran individu oleh pengguna individual, mereka mungkin perlu menukar cara servis mereka beroperasi, seperti dengan memutuskan akses internet kepada pelanggar yang dituduh atau dengan menapis aktiviti pengguna.

Komen kepada Komisen Eropah

Pada Februari 2014, Penasihat Peguaman OTW mendaftar OTW dalam Daftar Telus Kesatuan Eropah dan telah mengemukakan maklum balas kepada Komisen Eropah terhadap permintaan untuk memberi komen mengenai pembaharuan hak cipta EU.

Komen kepada PTO/NTIA

Pada Oktober 2013, Pentadbiran Telekomunikasi dan Maklumat USA (NTIA) dan Pejabat Trademark dan Paten USA (PTO) mencari komen awam mengenai isu polisi hak cipta, termasuklah rangka kerja undang-undang bagi ciptaan remix. Peguam kami telah menggunakan cerita yang dihantar oleh peminat untuk menerangkan kepada agensi-agensi ini, yang mempunyai kemungkinan besar untuk mencadangkan undang-undang baru mengenai hak cipta, mengenai sebab mengapa perubahan kepada undang-undang hak cipta patut memihak kepada kebebasan untuk mencipta karya transformatif.

Kakitangan Penasihat Peguaman OTW Rebecca Tushnet juga muncul di panel pada Rangka Kerja Undang-undang untuk Remix dan diminta untuk memberi keterangan kepada agensi-agensi ini yang berkaitan dengan proses komen awam yang sama pada 12 Disember 2013. (Rebecca mula bercakap pada :33 minit).

Kerusi Penasihat Peguaman OTW Betsy Rosenblatt telah mewakili OTW di sebuah kumpulan bekerja Green Paper Roundtable untuk membangunkan sebuah rangka kerja undang-undang untuk penciptaan remix. Kemunculan Betsy pada July 29 boleh ditonton bermula dari 1:56:00 dalam video pagi.