
Sepanjang tahun 2021, pasukan Kewangan OTW (Terjemahan) telah meneruskan tugasnya untuk memastikan bahawa bil-bil organisasi dibayar, penyata cukai difailkan dan prosedur perakaunan mencapai piawaian. Persiapan untuk audit penyata kewangan 2020 masih berterusan!
Sementara itu, pasukan ini juga telah bekerja keras bagi menyediakan kemas kini belanjawan 2021 dan dengan bangganya membentangkannya di sini (capai lembaran hamparan bajet 2021 untuk maklumat ):
Perbelanjaan 2021
Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)
- 125025.02 USD telah dibelanjakan daripada 227075.48 USD tahun ini, setakat 31 Julai 2021.
- 62.1% daripada perbelanjaan OTW digunakan untuk penyelenggaraan AO3. Ini termasuk sebahagian besar perbelanjaan pelayan kami— untuk pembelian baru dan juga kolokasi dan penyelenggaraan berterusan—alat pengawasan prestasi laman web, dan pelbagai lesen berkaitan sistem, dan juga kos-kos yang diterangkan di bawah (capai perbelanjaan semua program).
- Unjuran perbelanjaan AO3 tahun ini adalah termasuk 100000.00 USD yang dirancang untuk pengembangan kapasiti pelayan bagi menampung pertumbuhan lalu lintas halaman yang dijangka sepanjang tahun.
Fanlore
- 5527.77 USD telah dibelanjakan daripada 10697.58 USD tahun ini, setakat 31 Julai 2021.
- Perbelanjaan Fanlore terbahagi kepada perkakasan pelayan, penyelenggaraan dan kos kolokasi yang diperuntukkan (capai semua perbelanjaan program).
Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif)
- 339.00 USD telah dibelanjakan daripada 1839.00 USD tahun ini, setakat 31 Julai 2021.
- Perbelanjaan TWC adalah bayaran pengehosan laman, penerbitan dan penyimpanan jurnal ini (capai semua perbelanjaan program).
Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital)
- 450.48 USD telah dibelanjakan daripada 1160.85 USD tahun ini, setakat 31 Julai 2021.
- Perbelanjaan Open Doors’ terdiri daripada kos-kos pengehosan, sandaran dan domain untuk arkib hasil karya peminat (capai semua perbelanjaan program).
Legal Advocacy (Bantuan Guaman)
- 0.00 USD telah dibelanjakan daripada 2500.00 USD tahun ini, setakat 31 Julai 2021.
- Perbelanjaan guaman terdiri daripada bayaran pemfailan untuk pelbagai aktiviti termasuk tanda dagangan OTW (capai semua perbelanjaan program).
Bantuan untuk buku F. Coppa tentang Sejarah Vidding Peminat
- 0.00 USD telah dibelanjakan daripada 598.32 USD tahun ini, setakat 31 Julai 2021.
- Wang untuk bantuan ini datang daripada sumbangan yang diberikan kepada OTW pada tahun 2020 dengan tujuan khusus menampung kos yang berkaitan dengan pengeluaran buku Francesca Coppa mengenai sejarah fanvidding. Universiti Michigan akan menerbitkan buku tersebut dan mengehos fanvid berkenaan, serta menjadikannya boleh dicapai secara percuma dalam talian untuk dibaca dan digunakan oleh semua.
- Perbelanjaan yang dibajetkan adalah untuk pembacaan pruf dan penerbitan tambahan (capai semua perbelanjaan program).
Pengumpulan Dana
- 31423.46 USD telah dibelanjakan daripada 62647.46 USD tahun ini, setakat 31 Julai 2021.
- Perbelanjaan pengumpulan dana kami terdiri daripada yuran transaksi yang dikenakan oleh pemproses bayaran pihak ketiga kami untuk setiap sumbangan, pembelian dan penghantaran hadiah terima kasih, dan alat yang digunakan untuk mengehos pangkalan data keahlian OTW dan menjejak komunikasi bersama penderma atau calon penderma(capai semua perbelanjaan program).
Pentadbiran
- 12448.35 USD telah dibelanjakan daripada 59264.41 USD tahun ini, setakat 31 Julai 2021.
- Perbelanjaan pentadbiran OTW adalah termasuk pengehosan laman web kami, domain, insurans, pemfailan cukai dan audit penyata kewangan tahunan, serta alat-alat komunikasi, pengurusan dan perakaunan (capai semua perbelanjaan program).
Pendapatan 2021
- OTW disokong sepenuhnya oleh sumbangan anda—terima kasih atas kemurahan hati anda!
- Kami menerima sebahagian besar sumbangan kami setiap tahun dalam kempen pengumpulan dana bulan April dan Oktober, yang bersama-sama menyumbang kira-kira 57% daripada pendapatan kami pada tahun 2021. Kami juga menerima derma melalui program padanan majikan kami,, royalti, Amazon Smile, and PayPal Giving Fund, yang menguruskan sumbangan daripada program seperti Humble Bundle dan eBay for Charity. Jika anda ingin menyokong kami sewaktu membuat pembelian di laman-laman web tersebut, sila pilih”Organization for Transformative Works” sebagai badan amal pilihan anda!
- Berkat kemurahan hati anda pada tahun-tahun sebelumnya, kami mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam simpanan kami, yang dapat kami gunakan untuk membayar pembelian yang lebih besar daripada biasa. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, kami merancang untuk terus menaiktaraf kapasiti pelayan AO3, yang akan meningkatkan perbelanjaan peralatan dan pengehosan pelayan dengan ketara dalam tahun-tahun mendatang. Pertumbuhan AO3 dan projek-projek OTW yang lain juga memerlukan lebih banyak sokongan pentadbiran, lantas meningkatkan lagi perbelanjaan.
- 482542.83 USD telah diterima (setakat 31 Julai, 2021) dan 542972.85 USD dijangka akan diterima hingga akhir tahun ini.
Mempunyai Soalan?
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang bajet atau kewangan OTW, sila hubungi Jawatankuasa Kewangan. Kami juga akan mengacarakan perbualan terbuka bagi menjawab sebarang soalan anda. Namun begitu, perbualan ini akan diadakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Versi bahasa Inggeris siaran berita ini akan mengandungi lebih banyak maklumat tentang masa dan cara menyertai perbualan ini.
Untuk memuat turun kemaskini bajet 2021 OTW dalam format lembaran hamparan, sila tekan pautan ini.
OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.