Kewangan OTW: Bajet 2024

Sepanjang tahun lalu, pasukan Kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah meneruskan usaha mereka untuk memastikan bahawa kesemua bil organisasi telah dibayar, pulangan cukai telah difailkan, dan piawai prosedur perakaunan telah dicapai. Persediaan untuk pengauditan penyata kewangan 2023 sedang dijalankan!
Pasukan tersebut juga telah bertungkus lumus untuk memenuhi keperluan OTW bagi tahun 2024, dan kami dengan bangganya ingin menyampaikan bajet tahun ini (akses fail hamparan bajet 2024 untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci):

Perbelanjaan 2024

Perbelanjaan mengikut program: Arkib Milik Kita (AO3): 47.1%. Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital: 1.6%. Karya dan Kebudayaan Transformatif (TWC): 0.6%. <em>Fanlore</em>: 2.7%. Bantuan Guaman: 0.4%. Pengurusan: 24.0%. Pengumpulan dana & Pembangunan: 23.6%.” width=”650″></p>
<h4>Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)</h4>
<p><img decoding=

  • Sehingga 28 Februari 2024, 36323.75 telah dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan 317388.37 USD untuk tahun ini.
  • 47.1% daripada perbelanjaan OTW digunakan untuk penyenggaraan AO3. Ini melibatkan sebahagian besar perbelanjaan pelayan kami—kedua-dua pembelian baharu dan kolokasi dan penyelenggaraan berterusan—alat pemantauan prestasi laman web, dan pelbagai lesen berkaitan dengan sistem, serta kos-kos yang diterangkan di bawah (akses perbelanjaan semua program).
  • Unjuran perbelanjaan AO3 tahun ini juga termasuk 120000.00 USD untuk membeli pelayan baharu, serta 20000.00 USD untuk peralatan berkaitan pelayan untuk meningkatkan kapasiti pelayan yang sedia ada untuk mengendalikan pertumbuhan trafik laman web yang dijangkakan sepanjang tahun.

Fanlore

1603.11 USD dibelanjakan; berbaki 16646.82 USD

  • Sehingga 28 Februari 2024, 1603.11 USD telah dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan 18249.93 USD untuk tahun ini.
  • Perbelanjaan Fanlore adalah perbahagiannya bagi kos perkakasan, penyelenggaraan dan kolokasi pelayan yang diperuntukkan, serta bahagian pelbagai peralatan produktiviti di seluruh OTW (akses semua perbelanjaan program).

Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif)

314.00 USD dibelanjakan; berbaki 3906.80 USD

  • Sehingga 28 Februari 2024, {CURRENCY_BEFORE314.00 USD telah dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan 4220.80 USD tahun ini.
  • Perbelanjaan TWC termasuk yuran pengehosan laman web, penerbitan, dan penyimpanan jurnal tersebut, serta bahagian yang diperuntukkan pelbagai peralatan produktiviti di seluruh OTW (akses semua perbelanjaan program).
  • Selain itu, Universiti Amsterdam menyediakan €1000 (1061 USD) kepada TWC, yang akan digunakan untuk membantu membiayai Fans of Color Research Prize.

Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital)

1814.10 USD dibelanjakan; berbaki 8804.25 USD

  • Sehingga 28 Februari 2024, 1814.10 USD telah dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan 10618.35 USD untuk tahun ini.
  • Perbelanjaan Open Doors terdiri daripada kos-kos pengehosan, salinan sandaran, dan domain untuk arkib hasil karya peminat yang diimport, serta bahagian yang diperuntukkan bagi pelbagai peralatan produktiviti di seluruh OTW (akses semua perbelanjaan program).

Legal Advocacy (Bantuan Guaman)

0.00 USD dibelanjakan; berbaki 2947.20 USD

  • Sehingga 28 Februari 2024, 0.00 USD telah dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan 2947.20 untuk tahun ini.
  • Perbelanjaan guaman terdiri daripada yuran pendaftaran untuk persidangan dan perbicaraan serta dana yang diketepikan untuk pemfailan guaman jika perlu, serta bahagian yang diperuntukkan bagi peralatan produktiviti di seluruh OTW (akses semua perbelanjaan program).

Pengumpulan Dana dan Pembangunan

20537.62 USD dibelanjakan; berbaki 138820.12 USD

  • Sehingga 28 Februari 2024, 20537.62 USD telah dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan 159357.74 USD untuk tahun ini.
  • Perbelanjaan pengumpulan dana dan pembangunan kami terdiri daripada yuran urus niaga yang dikenakan oleh pengendali pembayaran pihak ketiga kami bagi setiap sumbangan, pembelian dan penghantaran hadiah penghargaan, kerja jangkauan oleh sukarelawan di pelbagai konvensyen peminat, dan peralatan yang digunakan untuk menyimpan pangkalan data keahlian OTW dan menjejak komunikasi dengan para penderma dan bakal penderma, serta bahagian yang diperuntukkan bagi peralatan produktiviti di seluruh OTW (akses perbelanjaan pengumpulan dana).

Pengurusan

39976.35 USD dibelanjakan; berbaki 121855.12 USD

  • Sehingga 28 Februari 2024, 39976.35 USD telah dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan 161831.47 USD untuk tahun ini.
  • Perbelanjaan pengurusan OTW termasuk pengehosan untuk laman web kami, cap dagangan, domain, insurans, pemfailan cukai, dan audit penyata kewangan tahunan, serta peralatan produktiviti, pengurusan, dan perakaunan (akses semua perbelanjaan pengurus).

Hasil 2024

Hasil OTW: Derma kempen bulan April: 11.2%. Derma kempen bulan Oktober: 11.2%. Derma bukan kempen: 55.7%. Derma dari program padanan: 21.9%. Pendapatan faedah: <0.1%. Royalti: <0.1%. Pendapatan lain: <0.1%.

  • OTW disokong sepenuhnya oleh sumbangan anda— terima kasih atas kemurahan hati anda!
  • Kami menerima sebahagian besar derma kami setiap tahun melalui pengumpulan dana derma kempen April dan Oktober, yang bersama-sama menyumbang kira-kira 22.4% daripada pendapatan kami pada tahun 2024. Kami juga menerima sumbangan melalui program padanan majikan, royalti, dan PayPal Giving Fund, yang menguruskan sumbangan daripada program-program seperti Humble Bundle dan eBay for Charity. Sekiranya anda ingin menyokong kami semasa membuat pembelian di laman-laman web tersebut, sila pilih “Organization for Transformative Works” sebagai badan amal pilihan anda!
  • Berkat kemurahan hati anda pada tahun-tahun sebelumnya, kami mempunyai jumlah wang yang cukup dalam dana simpanan kami, yang boleh kami gunakan untuk membayar pembelian yang lebih besar daripada biasa dan disimpan untuk kontingensi guaman. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami merancang untuk terus menaiktarafkan kapasiti pelayan AO3, yang akan meningkatkan perbelanjaan peralatan dan pengehosan pelayan dengan ketara. Perkembangan AO3 dan projek-projek OTW lain juga memerlukan lebih banyak sukarelawan dan sokongan pentadbiran, lantas meningkatkan perbelanjaan. Hamparan bajet meramalkan pengeluaran sebanyak 230000.00 USD daripada dana simpanan untuk menampung kos yang melebihi jumlah pendapatan yang akan diterima tahun ini. Jumlah ini boleh dikeluarkan mengikut keperluan sepanjang tahun.
  • 78066.43 USD diterima setakat ini (sehingga 28 Februari 2024) and 448320.00 USD dijangka diterima menjelang akhir tahun.

78066.43 USD didermakan; berbaki 370253.57 USD

Ada Soalan?

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai bajet atau kewangan OTW, sila hubungi jawatankuasa Kewangan. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin!
Untuk memuat turun bajet OTW 2024 dalam format fail hamparan, sila ikuti pautan ini.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan laman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Report

Comments are closed.