Kewangan OTW: Bajet 2021

Sepanjang tahun lepas, pasukan kewangan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah bekerja di sebalik tabir untuk memastikan bahawa kesemua bil organisasi telah dibayar, penyata cukai telah difailkan, dan piawai prosedur perakaunan telah dicapai. Persiapan untuk audit penyata kewangan 2020 sedang berjalan!

Pasukan kami juga telah bekerja keras untuk mencapai keperluan OTW bagi tahun 2021, dan kami dengan bangganya ingin menyampaikan bajet tahun ini (sila akses hamparan bajet 2020 untuk keterangan lebih lanjut):

Perbelanjaan 2021

Perbelanjaan mengikut program: AArkib Milik Kita (AO3): 75%. Open Doors: 0.2%. Karya dan Kebudayaan Transformatif (TWC): 0.3%. Fanlore: 2.7%. Bantuan Guaman: 0.9%. Promosi di Konvensyen: 0.1%. Bantuan - Buku Vidding: 0.1%. Pengurusan: 11.2%. Pengumpulan Dana: 9.5%.

Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita)

26728.93 USD dibelanjakan; berbaki 389523.46 USD

  • 26728.93 USD dibelanjakan daripada jumlah 416252.39 USD pada tahun ini, setakat 28 Februari 2021.
  • 75% daripada perbelanjaan OTW ditujukan kepada penyenggaraan AO3. Ini melibatkan sebahagian besar belanja pelayan kami—termasuk pembelian baru serta co-lokasi dan penyelenggaraan berterusan—alat pengawasan prestasi laman web, dan pelbagai lesen berkaitan sistem, dan juga kos-kos yang diterangkan di bawah (akses perbelanjaan semua program).
  • Unjuran perbelanjaan AO3 tahun ini juga mengandungi 115000.00 USD bagi kos kontraktor untuk menyelesaikan kerja memindahkan pencarian koleksi AO3 ke Elasticsearch, menaik taraf AO3 ke Rails 6.1, dan melakukan audit luaran laman AO3 untuk mencari masalah keselamatan yang perlu diperbaiki.
  • Tambahan pula, perbelanjaan AO3 termasuk 203000.00 USD yang dirancang untuk pengembangan kapasiti pelayan bagi menangani peningkatan trafik laman web yang dijangkakan sepanjang tahun. Ada kemungkinan beberapa bahagian aktiviti ini akan ditangguhkan ke tahun hadapan, bergantung pada pelbagai keadaan; bajet terkemas kini yang akan dikeluarkan pada akhir tahun ini akan memberi maklumat tambahan.

Fanlore

1017.54 USD dibelanjakan; berbaki 14234.12 USD

  • 1017.54 USD dibelanjakan daripada jumlah 15251.66 USD pada tahun ini, setakat 28 Februari 2021.
  • Perbelanjaan Fanlore adalah perbahagiannya bagi kos perkakasan, penyelenggaraan dan kolokasi pelayan yang diperuntukkan (akses semua perbelanjaan program).

Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif)

339.00 USD dibelanjakan; berbaki 1492.00 USD

  • 339.00 USD dibelanjakan daripada jumlah 1831.00 USD pada tahun ini, setakat 28 Februari 2021.
  • Perbelanjaan TWC termasuk yuran penghosan laman web, penerbitan dan penyimpanan jurnal ini (Akses perbelanjaan semua program).

Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital)

128.88 USD dibelanjakan; berbaki 735.29 USD

  • 128.88 USD dibelanjakan daripada jumlah 864.17 USD pada tahun ini, setakat 28 Februari 2021.
  • Perbelanjaan Open Doors terdiri daripada kos-kos penghosan, salinan sandar, dan domain untuk arkib hasil karya peminat yang diimport (akses perbelanjaan semua program).

Legal Advocacy (Bantuan Guaman)

0.00 USD dibelanjakan; berbaki 5000.00 USD

  • 0.00 USD dibelanjakan daripada jumlah 5000.00 USD pada tahun ini, setakat 28 Februari 2021.
  • Perbelanjaan undang-undang terdiri daripada bayaran pemfailan dan yuran pendaftaran untuk persidangan dan perbicaraan (akses perbelanjaan semua program).

Promosi di Konvensyen

0.00 USD dibelanjakan; berbaki 500.00 USD

  • 0.00 USD dibelanjakan daripada jumlah 500.00 USD pada tahun ini, setakat 28 Februari 2021.
  • Perbelanjaan yang dibajetkan termasuk 100.00 USD untuk penghasilan risalah bagi konvensyen maya dan 400.00 USD untuk aktiviti promosi konvensyen lain-lain bagi pihak OTW (akses perbelanjaan semua program).

Bantuan untuk buku F. Coppa tentang Sejarah Vidding Peminat

0.00 USD dibelanjakan; berbaki 598.32 USD

  • 0.00 USD dibelanjakan daripada jumlah 598.32 USD pada tahun ini, setakat 28 Februari 2021.
  • Wang untuk bantuan ini datang daripada sumbangan yang diberikan kepada OTW pada tahun 2020 untuk tujuan khusus bagi menampung kos yang berkaitan dengan pengeluaran buku Francesca Coppa mengenai sejarah fanvid. Universiti Michigan akan menerbitkan buku tersebut dan menempatkan fanvid berkenaan, serta menjadikannya boleh diakses secara percuma dalam talian untuk dibaca dan diguna oleh semua.
  • Perbelanjaan yang dibajetkan adalah untuk pembacaan bukti dan penerbitan tambahan (akses perbelanjaan semua program).

Pengumpulan Dana

5657.33 USD dibelanjakan; berbaki 46906.67 USD

  • 5657.33 USD dibelanjakan daripada jumlah 52564.00 USD pada tahun ini, setakat 28 Februari 2021.
  • Perbelanjaan pengumpulan dana kami terdiri daripada yuran transaksi yang dikenakan oleh pemproses pembayaran pihak ketiga kami untuk setiap sumbangan, pembelian dan penghantaran hadiah penghargaan, dan alat yang digunakan untuk menempatkan pangkalan data keahlian OTW dan menjejak komunikasi dengan penderma dan calon penderma (akses perbelanjaan semua program).

Pengurusan

3154.33 USD dibelanjakan; berbaki 58757.48 USD

  • 3154.33 USD dibelanjakan daripada jumlah 61911.81 USD pada tahun ini, setakat 28 Februari 2021.
  • Perbelanjaan pengurusan OTW termasuk menghoskan laman web kami, tanda dagang, domain, insuran, pemfailan cukai, dan audit penyata kewangan tahunan, serta alat-alat komunikasi, pengurusan dan perakaunan (akses semua perbelanjaan pengurusan).

Pendapatan 2021

Pendapatan

  • OTW disokong sepenuhnya oleh royalti, Amazon Smile, dan PayPal Giving Fund, yang menguruskan sumbangan daripada program seperti Humble Bundle dan eBay for Charity. Jika anda ingin menyokong kami sewaktu membuat pembelian di laman-laman web tersebut, sila pilih “Organization for Transformative Works” sebagai amal pilihan anda!
  • Berkat kemurahan hati anda pada tahun-tahun sebelumnya, kami mempunyai sejumlah wang dalam simpanan kami, yang dapat kami gunakan untuk membayar pembelian yang lebih besar daripada biasa. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, kami merancang untuk terus menaiktarafkan kapasiti pelayan AO3, yang meningkatkan perbelanjaan peralatan pelayan dan penghosan pelayan dengan ketara. Pertumbuhan AO3 dan projek-projek lain OTW juga memerlukan lebih banyak sukarelawan dan sokongan pentadbiran, lantas meningkatkan lagi perbelanjaan. Hamparan bajet menunjukkan unjuran penarikan 195000.00 USD daripada simpanan untuk menampung kos yang melebihi jumlah pendapatan yang akan diterima tahun ini. Jumlah ini boleh dikeluarkan mengikut keperluan sepanjang tahun.
  • 55553.19 USD telah diterima (setakat 28 Februari 2021) dan 360575.00 USD diunjurkan akan diterima menjelang akhir tahun ini.
  • .

55553.19 USD didermakan; berbaki 305021.81 USD

Mempunyai Soalan?

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang bajet atau kewangan OTW, sila hubungi Jawatankuasa Kewangan. Kami juga akan mengacarakan perbualan terbuka bagi menjawab sebarang soalan yang mungkin anda ada. Namun begitu, perbualan ini akan diadakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Versi bahasa Inggeris untuk artikel berita ini akan mengandungi lebih banyak maklumat tentang di mana perbualan ini akan diadakan dan bagaimana anda boleh menyertainya.

Untuk memuat turun bajet OTW untuk tahun 2021 dalam format hamparan, sila tekan pautan ini.


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Report

Comments are closed.