Kempen Oktober 2021: Oleh Peminat, Untuk Peminat

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) merupakan sebuah hasil cinta. Ia dicipta oleh peminat, untuk peminat. Kami adalah organisasi bukan untung, dan kami bergantung 100% pada sumbangan: sumbangan masa dari sukarelawan kami, dan sumbangan dana dari komuniti yang kami berkhidmat. Hari ini menandakan permulaan kempen keahlian dua tahun sekali kami, dimana kami memohon anda yang berkemampuan untuk mempertimbangkan pemberian sumbangan kewangan bagi menyokong kerja kami. Anda boleh membaca tentang bagaimana kami membelanjakan wang anda di bajet kami.

Sumbangan anda kepada OTW menyokong kerja untuk semua projek kami: dari Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) hingga Fanlore; dari jurnal akademik kami, Transformative Works and Cultures – TWC (TWC), hingga projek menyelamat karya peminat kami Open Doors (Open Doors) dan sokongan jawatankuasa Guaman kami untuk kerja-kerja transformatif di seluruh dunia. Penyumbang juga mendapat keuntungan secara lebih langsung. Dengan sumbangan sekali sebanyak AS$10 atau lebih, anda boleh memilih untuk mendapatkan keahlian tahunan OTW, ini memberikan anda hak untuk memilih Lembaga Pengarah kami di pilihan raya yang kami adakan pada bulan Ogos setiap tahun.

Ahli juga menerima ikon digital yang boleh digunakan pada AO3 anda atau di profil media sosial; dan mereka yang telah mengekalkan keahlian OTW selama tiga, lima, atau sepuluh tahun layak untuk hadiah ingatan eksklusif. Ketahui lebih lanjut mengenai keahlian dan pengundian di sini.

Mereka yang membuat sumbangan bernilai AS$40 ke atas boleh memilih dari beberapa hadiah penghargaan. Hadiah baharu tahun ini adalah tumbler OTW dalam warna putih edisi terhad, dan set pelekat baharu. Sekiranya anda tidak mampu membuat sumbangan sebesar ini, jangan risau: kami ada. Anda boleh memilih untuk set sumbangan berulang pada kadar yang bersesuaian dengan anda dan maklumkan kepada pasukan Pembangunan dan Keahlian kami premium mana yang ingin anda simpan untuk. Setelah sumbangan anda mencapai kadar yang layak, mereka akan menghantar hadiah anda.

OTW adalah organisasi bukan untung berdaftar di AS, dan penderma di negara ini mungkin dapat memanfaatkan skema pemberian yang sesuai dari pihak majikan mereka. Sila bercakap dengan tempat kerja anda untuk mengetahui adakah ia mungkin untuk anda!

Sekiranya anda tidak dapat membuat sumbangan pada kali ini, sila berkongsi siaran ini bersama orang lain, dan kami menghargai sokongan anda walau apa cara sekali anda memberikannya. Terima kasih di atas wang, masa, dan sokongan anda. Tanpa anda, kami tidak akan berada di sini!

Event

Comments are closed.