Kempen Keahlian bagi Bulan Oktober 2021: Terima Kasih atas Sokongan Anda

Kempen Keahlian OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) bagi bulan Oktober telah berakhir, dan kami dengan sukacitanya ingin menyatakan yang kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak 195009.65 USD, jauh melebihi sasaran kami iaitu 40000 USD. Kami juga meningkatkan jumlah keahlian kami kepada 4786. Hal ini hanya mampu dicapai dengan kemurahan hati 6700 penderma dari 77 negara di seluruh dunia. Kami sangat berterima kasih, seperti selalunya, kepada komuniti global kami. Terima kasih! Sokongan anda membolehkan kami untuk terus berkhidmat untuk memenuhi misi kami: untuk memajukan kepentingan para peminat yang kami wakilkan dengan memberikan akses kepada dan memelihara sejarah karya peminat dan budaya peminat yang wujud dalam pelbagai bentuk.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan yang dengan perkhidmatan mereka membolehkan kempen ini berjalan dengan lancar, dan semua pengguna yang telah menyiarkan post, menghantar tweet, dan berbual mengenai kempen ini kepada rakan dan kenalan mereka. Bantuan anda sangat berharga dalam membantu kami mencapai matlamat kami. Kami sangat menghargai anda semua!

Akhirnya, sekiranya anda belum mempunyai masa untuk membuat sumbangan, jangan risau! Kami menerima sumbangan sepanjang tahun. Keahlian OTW, yang tersedia bagi mereka yang membuat sumbangan US$10 dan ke atas, bertahan selama setahun dari tarikn sumbangan US$10 yang terakhir; jadi sesiapa yang memberi sumbangan sekarang akan layak untuk mengundi dalam pilihan raya untuk Lembaga Pengarah OTW tahun hadapan. Hadiah terima kasih yang kami tawarkan untuk sumbanagan US$40 dan keatas turut tersedia secara berterusan. Bila-bila masa sahaja sesungguhnya bagus untuk memberi sumbangan!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.