Kempen Keahlian April 2024: Terima kasih Atas Sokongan Anda

Kempen Keahlian April OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah berakhir dan kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah tamat dengan jumlah derma sebanyak 207088.91 USD, jauh melebihi matlamat kami iaitu 50000.00 USD. Derma ini datang daripada 6073 orang penderma di 70 buah negara: terima kasih kepada anda semua, serta kepada anda yang menyiarkan dan berkongsi berita tentang kempen ini!

Kami amat berbesar hati kerana 5206 orang penderma telah memilih sama ada untuk menjadi ahli baharu atau memperbaharui keahlian OTW dengan derma mereka. OTW tidak dapat wujud tanpa penggunanya di seluruh dunia, dan sokongan berterusan anda kepada kami merupakan kebanggaan dan kegembiraan utama kami! Kami sangat gembira bahawa misi berterusan kami untuk menyokong, melindungi dan menyediakan akses kepada sejarah karya dan budaya peminat terus-menerus membawa makna kepada mereka yang paling penting: para peminat itu sendiri.

Jika anda berhasrat untuk menderma atau menyertai dan masih belum berbuat demikian, jangan risau! OTW menerima derma sepanjang tahun dan anda sentiasa boleh memilih untuk menjadi ahli dengan menderma sebanyak 10 USD atau lebih. Keahlian kekal selama satu tahun kalendar dari tarikh pendermaan anda, jadi jika anda menderma sekarang, anda boleh mengundi dalam pilihan raya Lembaga Pengarah OTW 2024, yang akan berlangsung pada bulan Ogos. Hadiah penghargaan eksklusif kami boleh didapati apabila anda menderma!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.