Kempen Keahlian April 2024: Memelihara Keselamatan Fanwork

Baru-baru ini, OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah selesai menjalankan dua tinjauan bersama pengguna projek kami untuk mengetahui apa yang mereka maklum tentang kerja kami. Dalam Tinjauan Ulang Tahun Ke-16 kami, 87% daripada 67,474 orang pengguna yang menjawab tinjauan kami menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar tentang Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) OTW sebelum ini. Namun, dalam Tinjauan Ulang Tahun Ke-10 Hari Fanwork Antarabangsa (IFD), lebih daripada 60% responden mengatakan bahawa mereka tahu yang OTW memelihara arkib-arkib fandom, tetapi hanya 28% mengetahui bahawa kami turut memelihara hasil karya peminat (fanwork) fizikal.

Jadi, kami ingin memberi fokus kepada kerja-kerja penting yang dilakukan oleh projek OTW ini. Open Doors bermula pada tahun 2009 dengan memudahkan pendermaan hasil rekaan peminat seperti zine, pita-pita rakaman audio dan video serta ephemera ke perpustakaan-perpustakaan akademik yang yang menyimpan dan memelihara karya-karya ini. Pada tahun 2012, Open Doors memulakan pengimportan arkib digital mereka yang pertama daripada lebih 100 pengimportan arkib digital ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Projek ini mengimport isi kandungan arkib dalam semua bahasa dan format.

Pada tahun 2022, mereka mengambil langkah maju dengan menghasilkan AO3 Fanzine Scan Hosting Project (Projek Tuan Rumah Imbasan Fanzine AO3), melalui mana hasil fiksyen dan seni peminat (fanfiction dan fanart), yang asalnya diterbitkan dalam fanzine, diimport ke AO3.

Apabila anda menyokong OTW, and menyokong kerja-kerja Open Doors dan semua projek kami dalam memelihara sejarah dan karya-karya yang dihasilkan oleh para peminat sejak berdekad-dekad lamanya. Dan kepada mereka yang mampu menderma, kami ada beberapa benda yang kami rasa anda juga dapat hargai!

Magnet-magnet puisi pada peti sejuk yang menghasilkan dua ayat dalam bahasa Inggeris. Setiap perkataan merupakan magnet berasingan.'

Tinjauan IFD kami menunjukkan bahawa lebih daripada 11% responden pernah menghasilkan puisi fannish. Namun, jika anda belum pernah melakukannya, anda boleh mencuba sendiri menggunakan magnet puisi baru kami yang menampilkan perkataan-perkataan fannish yang seronok, dengan hanya menderma sebanyak 75 USD!

5 gambar logo AO3 dengan tambahan lukisan kucing, arnab, raksasa dan anjing di dalam dan sekeliling logo.

Untuk derma sebanyak 40 USD, kami kini mempunyai satu set stiker logo OTW + projek bertemakan haiwan.

Anda juga boleh tetapkan pendermaan berulang dan membuat simpanan kepada hadiah pilihan anda. Hanya pilih hadiah yang anda inginkan, dan jika jumlah pendermaan tersebut tidak mencapai jumlah yang diperlukan untuk hadiah yang anda pilih, pendermaan pada masa akan datang akan diambil kira. Kalian yang berada di A.S. juga mungkin boleh menggandakan pendermaan kalian melalui padanan majikan: hubungi jabatan Sumber Manusia anda untuk mengetahui jika pilihan ini terbuka untuk anda.

Derma 10 USD atau lebih juga melayakkan anda untuk menjadi seorang ahli OTW. Ahli-ahli OTW berhak mengundi untuk Lembaga Pengarah — lembaga pentadbiran OTW. Anda mempunyai masa sehingga 30 Jun 2024 untuk menjadi ahli jika anda ingin mengundi dalam pilihan raya pada tahun ini yang akan diadakan pada bulan Ogos.

Kami berharap agar ramai daripada kalian mengambil peluang ini untuk menderma agar Open Doors, serta AO3, Fanlore, Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif), dan OTW Legal Advocacy (Bantuan Guaman AO3), dapat terus melaksanakan kerja mereka. Dan kepada semua ahli OTW yang memperbaharui keahlian, terima kasih atas sokongan berterusan anda!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di href=”http://www.transformativeworks.org/about_otw/”>laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.