Kempen April 2021: Kudos kepada Anda

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) telah ditubuhkan oleh peminat untuk peminat pada tahun 2007, dengan misi untuk berkhidmat demi fandom dengan memelihara dan mendorong penciptaan karya-karya transformatif. Empat belas tahun kemudian, komitmen kami kekal teguh. Sama ada melalui advokasi undang-undang terhadap undang-undang yang tidak mesra peminat di seluruh dunia, menyelamatkan hasil karya peminat yang terancam, merakam sejarah peminat, menyediakan tempat untuk penyelidikan akademik budaya peminat atau mengacara hasil karya peminat lama dan baru anda, OTW berusaha untuk melindungi peminat dan karya transformative ciptaan mereka.

Tetapi kami tidak dapat melakukannya tanpa bantuan anda. Seperti yang kami lakukan pada bulan April dan Oktober setiap tahun, untuk tiga hari berikutnya kami memohon agar anda mempertimbangkan untuk menyertai OTW dan membuat sumbangan untuk menyokong usaha kami. Sekiranya anda tidak dapat membuat sumbangan pada masa ini, sila pertimbangkan untuk berkongsi kempen kami dengan kenalan dalam rangkaian fandom anda, dan ketahuilah bahawa kami amat menghargai penyertaan dan semangat anda tanpa mengira cara anda menunjukkan komitmen kepada OTW.

Sebagai tanda penghargaan kepada para penyumbang, kami mempunyai tambahan baharu pada koleksi hadiah terima kasih kami. Anda boleh menebus set pelekat kudos pelangi apabila anda membuat sumbangan 40 USD dan ke atas. Ya, kini anda boleh memberikan kudos kepada rakan-rakan, haiwan kesayangan dan barangan rumah anda!

Enam pelekat yang memaparkan logo AO3 dengan lima hati kudos berwarna pelangi dalam bentuk lengkungan di atasnya. Logo ini dipamerkan dalam warna merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu.

Sekiranya anda tidak dapat memberi sumbangan sebanyak ini tetapi mahu menebus pelekat ini atau hadiah penghargaan yang lain, anda boleh berbuat demikian dengan menyumbang jumlah yang lebih kecil secara berulang halaman sumbangan berulang. Sila hubungi pasukan Pembangunan dan Keahlian kami setelah menyediakan sumbangan berulang anda dan memberitahu mereka hadiah yang anda ingin perolehi. Mereka akan mengira jumlah sumbangan anda untuk menebus hadiah pilihan.

Sumbangan sebanyak 10 USD dan ke atas melayakkan anda untuk mendapat keahlian OTW. Ahli akan menerima ikon digital istimewa yang anda boleh gunakan pada akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) anda atau pada media sosial. Lebih penting lagi, keahlian membolehkan anda untuk mengundi dalam undian tahunan Lembaga Pengarah OTW. Ketahui lebih lanjut mengenai keahlian dan pengundian di sini.

Bagi penyokong OTW di Amerika Syarikat, satu cara mudah untuk menambah nilai sumbangan anda adalah melalui pemadanan sumbangan majikan. Terdapat banyak majikan yang akan membuat sumbangan dengan nilai yang sama untuk tujuan amal yang disokong oleh pekerja mereka. Cubalah berbincang dengan majikan anda untuk mengetahui sekiranya mereka menawarkan pilihan ini.

Tanpa mengambil kira sama ada anda telah bersama kami sejak penubuhan kami atau jika ini adalah kempen kami yang pertama untuk anda, kami amat menghargai sokongan dan penglibatan anda. Marilah bekerja bersama untuk menjayakan kempen ini. Dan sekiranya anda boleh, sumbanglah hari ini!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penerjemah sukarela kami yang telah menerjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.

Event

Comments are closed.