Jawatankuasa

OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) diatur dalam pelbagai jawatankuasa, yang terdiri sepenuhnya daripada sukarelawan. Setiap jawatankuasa mempunyai tumpuan khusus, walaupun kebanyakannya bekerjasama dalam menyokong pelbagai projek OTW dan menyumbang kepada kejayaan organisasi ini. Sekiranya anda berminat untuk meluangkan masa untuk menyokong OTW, semak senarai sukarelawan untuk melihat jika terdapat jawatan terbuka yang sesuai dengan kemahiran dan minat anda. Jawatankuasa OTW adalah:

Akses, Reka Bentuk dan Teknologi
Co-Pengerusi: Brian Austin, mumble & sarken
Menyelaras reka bentuk dan pembangunan perisian bagi pihak OTW. Projek utama yang kini dikendalikan oleh jawatankuasa ini ialah penciptaan pakej perisian sumber terbuka, Arkib-OTW, untuk membina dan menyokong Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).

Pendokumentasian AO3
Co-Pengerusi: Claire P. Baker, Fiona M & telescopicpoems
Jawatankuasa Pendokumentasian AO3 diwujudkan untuk mencipta dan menyelenggara dokumentasi pengguna yang lengkap dan terkini untuk AO3. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada FAQ, tutorial, screencast, dan dokumentasi lain yang berkaitan dengan AO3.

Pasukan Pembantu Lembaga
Co-Pengerusi: dazyndara & therealmorticia
Membantu Lembaga Pengarah OTW dengan tugasan pentadbiran dan pengurusan projek supaya Lembaga boleh mengutamakan isu-isu kritikal dan bekerja dengan lebih berkesan.

Komunikasi
Co-Pengerusi: Apple, choux & Sveritas
Mengendalikan surat berita, catatan blog, hubungan media, akaun media sosial, dan tugasan lain yang berkaitan dengan mempromosikan pelbagai projek kami. Di samping itu, mengendalikan surat berita dalaman serta menandakan acara dan pencapaian penting organisasi.

Pembangunan dan Keahlian
Co-Pengerusi: Amy2 & Nrandom
Mengendalikan pengumpulan dana dan pembangunan keahlian untuk organisasi. Juga menyelenggara pangkalan maklumat ahli dan penderma kami dengan selamat, serta memastikan setiap ahli dapat mengundi dalam pilihan raya OTW.

Pilihan Raya
Co-Pengerusi: disjointed, Emma Lloyd, Jenny McDevitt & Marion McGowan
Jawatankuasa Pilihan Raya menjalankan pilihan raya tahunan untuk ahli-ahli Lembaga Pengarah OTW. Pilihan raya ini berlangsung pada bulan Ogos setiap tahun, diundi oleh ahli-ahli berbayar OTW. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam semua aspek proses pilihan raya, dari awal hingga akhir. Ini termasuk penyediaan calon, aspek teknikal dalam menjalankan pilihan raya, memastikan keseluruhan proses mematuhi undang-undang kecil kami, dan menjalankan tempoh pencalonan (di mana calon-calon diperkenalkan kepada ahli-ahli dan ditanyakan soalan).

Fanlore
Co-Pengerusi: Indes, Noah A & The Professor
Mengekalkan wiki Fanlore. Ini termasuk menyokong penyunting wiki Fanlore, serta mewujudkan infrastruktur yang fleksibel untuk menentukan dan mengatur kandungan wiki.

Kewangan
Pengerusi: Yuechiang Luo
Jawatankuasa Kewangan bertanggungjawab memastikan rekod kewangan OTW tepat, membuat dan menjejak pembayaran, bekerjasama dengan Lembaga untuk membuat dan mengemaskini belanjawan, menyediakan dan mengeluarkan penyata kewangan yang tepat dan bermaklumat, serta memastikan bahawa OTW memenuhi setiap keperluan pemfailan cukai.
Penasihat Peguaman
Pengerusi: Betsy Rosenblatt
Menjalankan aktiviti Legal Advocacy (Bantuan Guaman) OTW, menasihati Lembaga dan pelbagai jawatankuasa mengenai perkara perundangan, dan berhubung dengan kumpulan advokasi lain serta penasihat guaman luar. Sebahagian besar jawatankuasa ini terdiri daripada profesional perundangan.

Open Doors
Co-Pengerusi: Alison Watson & Eskici
Open Doors(Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) berfungsi untuk mengekalkan semua jenis karya fanwork yang berisiko.

Polisi & Aduan
Co-Pengerusi: Flerken & wichard
Mengurus isu penyalahgunaan untuk AO3, seperti aduan dan pelanggaran Syarat-syarat Perkhidmatan.

Perancangan Strategik
Co-Pengerusi: natalieee5 & Dan-i
Mengkaji dan menyemak semula rancangan strategik untuk OTW setiap 1 – 3 tahun.

Bantuan
Co-Pengerusi: Nary & Paula
Mengendalikan komunikasi antara pengguna dan pelbagai pasukan yang terlibat dengan AO3. Pasukan Bantuan membantu menyelesaikan masalah teknikal yang dialami oleh pengguna dan menyampaikan maklum balas mereka.

Sistem
Pengerusi: Frost The Fox
Menguruskan pelayan dan infrastruktur untuk OTW dan projek-projeknya.

Penyelarasan Tag
Co-Pengerusi: brhi, Dre & Qem
Mengatur dan menyusun tag AO3 mengikut garis panduan Penyelarasan Tag AO3, menghubungkan tag yang berkaitan untuk memudahkan tapisan dan pencarian, sambil membenarkan pengguna menetapkan tag pada karya mereka mengikut keinginan masing-masing.

Terjemahan
Co-Pengerusi: Ioana & Natalia Gruber>
Menyelaras penterjemah sukarela dan berhubung dengan jawatankuasa lain untuk memastikan projek dan dokumen mereka tersedia dalam pelbagai bahasa.

TWC
Co-Pengerusi: Bridget Kies & Kristina Busse
Mengurus Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif), sebuah jurnal ulasan sejawat akademik antarabangsa dalam talian yang disemak dua kali setahun dalam bidang pengajian media. Tugas ini melibatkan pentadbiran perisian jurnal sumber terbuka TWC (OJS), mempertimbangkan penghantaran artikel, dan bekerjasama dengan penulis serta kandungan mengikut keperluan. Mereka juga mengurus dokumen melalui OJS untuk semakan sejawat, semakan semula, penyuntingan salinan, dan penyusunan atur.

Terjemahan Respons Pengguna
Co-Pengerusi: Qiao Chu & taki
Menangani keperluan terjemahan daripada PAC dan Sokongan dalam bahasa keperluan tinggi tertentu.

Pengrekrutan Sukarelawan
Co-Pengerusi: Alison Watson & Eevee
Merekrut dan mengurus sukarelawan untuk semua jawatankuasa dan projek, melengkapkan mereka dengan pelbagai alat, dan menjejaki perkhidmatan mereka. Jawatankuasa ini turut menyelenggara pangkalan data rekod sukarelawan yang besar, menguruskan kempen pengambilan, dan menyediakan bahan rujukan serta dokumentasi dalaman untuk projek-projek dan jawatankuasa OTW. Usaha ini membantu memastikan ketelusan dan kesinambungan dalaman melalui pembinaan dan pemeliharaan pangkalan pengetahuan yang kukuh.