Organization for Transformative Works: Elections News: Cast Your Vote!

Jadilah Ahli OTW dan Undi dalam Pilihan Raya 2020!

Musim pilihan raya hampir tiba! Menjadi ahli OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) bermaksud mendapat peluang mengundi untuk Lembaga Pengarahnya. Ini membantu membentuk bagaimana projek-projek seperti Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), Fanlore, dan Transformative Works and Cultures – TWC (Karya dan Kebudayaan Transformatif) akan diuruskan buat masa sekarang dan masa hadapan. Pada tahun ini, pilihan raya untuk Lembaga Pengarah akan diadakan dari 14 Ogos hingga 17 Ogos. (Akses Garis Masa Pilihan Raya 2020 yang lengkap).

Untuk mengundi, anda perlu menjadi ahli OTW sebelum tengah malam UTC pada 30 Jun 2020 (Pukul berapakah itu untuk saya?). Ini bermaksud anda seharusnya telah membuat derma bernilai 10 USD atau lebih antara 1 Julai 2019 dan 30 Jun 2020, DAN telah memilih untuk menjadi ahli apabila menderma. Untuk menjadi ahli, anda perlu memilih “Yes” (Ya) untuk soalan yang bertanya “Do you want to be an OTW member? ($10 minimum donation)” (Adakah anda ingin menjadi ahli OTW? (derma minimum 10 USD)) yang terdapat pada borang pendermaan. Jika anda tidak pasti sama ada derma anda termasuk dalam situasi ini, sila hubungi pasukan Pembangunan dan Keahlian kami.

Jika anda mengambil bahagian dalam kempen pendaftaran pengundi ini, anda akan menerima ikon yang direka khas, yang hanya boleh didapati sepanjang kempen ini. Terima kasih atas sokongan anda kepada OTW! Daftar untuk mengundi dan derma hari ini!


OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, and Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.